Viagra sering dikaitkan dengan kejantanan lelaki dewasa. Namun seorang bayi dari Britain bernama Cerys Samll telah mengambil pil tersebut walaupun dia baru berusia 19 bulan. Cerys mengambil 6 biji pil viagra sehari atas nasihat doktor bagi mengubati penyakit jantungnya.
 |
Foto Cerys sebelum mengambil pil tersebut |
Cerys merupakan anak bongsu kepada pasangan Kerrie dan Gareth Small. Dia telah disahkan mengalami masalah jantung sejak dari kandungan lagi. Selepas dilahirkan, Cerys terpaksa dibedah sebanyak 3 kali. Selepas mengambil pil viagra, wajah bayi tersebut yang sebelum ini kebiruan bertukar kemerahan-merahan dan tahap kesihatannya juga semakin baik.
 |
Pil Viagra ternyata memberi kesan positif pada kesihatan Cerys |
Selepas pengambilan pil tersebut, perkembangan Cerys amat memberansangkan. Dia sudah boleh berjalan dan mula belajar bercakap seperti bayi normal yang lain. Walaubagaimana pun, Cerys tetap perlu menjalani beberapa pembedahan dalam masa 3 hingga 5 tahun akan datang.
 |
Cerys bersama ibu, bapa, abang dan kakaknya |
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...