Showing posts with label Dunia Comel. Show all posts
Showing posts with label Dunia Comel. Show all posts
04 September 2012
Reaksi Comel Kanak-kanak Yang Takut Potong Rambut
Ketika menulis entri ini, saya teringat reaksi seorang sepupu berusia dua tahun setiap kali ibu saudara saya membawanya ke salon bagi memotong rambut. Setiap kali tukang gunting rambut mula memotong rambut, setiap kali itulah dia akan menangis dan meronta-ronta tidak mahu dipotong rambut. Ternyata situai ini bukan sahaja berlaku pada sepupu saya, malah ia juga berlaku pada kanak-kanak lain. Tidak pasti kenapa ramai kanak-kanak takut potong rambut. Tapi yang pasti, reaksi mereka nampak comel dan juga kelakar.
Labels:
Dunia Comel
11 July 2012
Video Comel Bayi Menyambut Kepulangan Ayahnya Dari Tempat Kerja
Pertama kali melihat video ini, saya tersenyum seorang diri. Telatah bayi tersebut yang sangat seronok dan gembira melihat bapanya keluar dari kereta setelah pulang dari tempat kerja mampu menyentuh hati dan membuat sesiapa sahaja tersenyum . Bahkan bukan sahaja bayi tersebut yang gembira, malah anak anjing peliharaan mereka juga turut serta seronok melihat kepulangan tuannya. Sangat comel dan menyentuh hati.
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Lucu
03 July 2012
Aksi Comel Kucing Seperti Gaya Dalam Lukisan
Kucing merupakan haiwan peliharaan ramai kerana terkenal dengan kecomelan dan kemanjaannya. Jom kita lihat aksi kucing-kucing di bawah ini dengan gaya seakan-akan seperti dalam lukisan-lukisan terkenal. Yang paling saya suka, pastinya gambar dua ekor kucing yang seperti sedang 'berlawan'..
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Comel
02 July 2012
Kreatif-Mug Yang Boleh Terapung
Tigere Chiriga telah mereka mug yang bersambung dengan pemegang bagi membolehkannya kelihatan terapung. Tujuan mug ini direka bagi melindungi perabot daripada air yang tumpah dan juga haba. Uniknya, mug ini kelihatan seakan-akan terapung jika dilihat dari tepi.
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
30 June 2012
Poskad Era 1910-1940an Yang Kreatif
Pada awal tahun 1900an, poskad memainkan peranan yang sangat penting sebagai alat komunikasi bagi menyampaikan mesej yang ringkas tapi bermakna buat ahli keluarga mahupun sahabat handai yang jauh di mata. Rekaan poskad pada waktu itu juga begitu klasik dan sangat berbeza dengan poskad masa kini. Sangat klasik dan menimbulkan nostalgia tersendiri..
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
28 June 2012
Cupcakes Yang Unik, Comel & Kreatif
Kek cawan atau cupcakes merupakan makanan berasal dari barat namun kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Seperti yang kita tahu, cupcake mempunyai bentuk yang kecil dan comel. Jom kita lihat 12 cupcakes dengan reka bentuk yang menarik dan sesuai sekali untuk majlis hari jadi anak-anak anda..
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
20 June 2012
Lukisan Batu Yang Kreatif & Comel Dari Malaysia
Suzi Chua dari Malaysia telah menghasilkan lukisan comel pada batu yang boleh digunakan sebagai hiasan, pemberat kertas, door stoppers dan cenderamata. Hasil kreativiti Chua memang comel dan cantik.Pelanggan juga boleh melanggan sendiri lukisan pilihan mereka di laman web suzichua.com.
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
16 June 2012
Kasut Comel Yang Dibuat Daripada Roti
Sepasang kembar yang sangat kreatif, Remigijus and Egidijus Praspaliauskas telah mereka koleksi kasut-kasut unik dan comel yang diperbuat daripada roti. Koleksi kasut-roti mereka mempunyai pelbagai rekaan yang comel-comel belaka dan dijual dengan harga €22 sepasang. Seperti kasut biasa, koleksi kasut adik-beradik Praspaliauskas juga dijual dengan kotak kasut sekali. Jom kita lihat 10 foto koleksi kasut adik-beradik Praspaliauskas ini.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
Seni Ukir Makanan Yang Kreatif & Nampak Hidup
Seorang jurugambar berbakat kelahiran Hungary telah menghasilkan seni makanan yang sangat luar biasa dan menakjubkan. Beliau telah mengukir bentuk muka yang mempunyai pelbagai emosi pada makanan dan sayur-sayuran. Balla telah mengukir mata, hidung, mulut dan gigi pada buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan pisau X-acto. Jom kita saksikan 10 foto hasil kerja Balla.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Comel,
Dunia Yang Lucu,
Dunia Yang Unik
02 June 2012
Foto Menarik Anjing & Kucing
Kita semua sedia maklum yang anjing dan kucing ni pantang berjumpa. Kalau berjumpa atau diletakkan di satu tempat yang sama, semestinya akan berlaku satu pergaduhan yang besar. Mungkin sebab permusuhan yang ketat itulah menyebabkan keluarnya pepatah bagai anjing dengan kucing. Tetapi sebenarnya tidak semua anjing dan kucing ini suka bergaduh. Ada juga yang cintakan keamanan. Tengok sahajalah foto-foto ini. Elok je mereka bersama-sama. Peace yaw..!!
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
01 June 2012
Koleksi Foto-foto Kucing Ber-yoga
Comel sungguh kucing-kucing dalam foto-foto ini. Tersenyum seorang diri melihat aksi-aksi kucing yang seakan-akan sedang mengamalkan yoga. Foto-foto unik ini diambil oleh Dan Borris dengan menggunakan teknik manipulasi foto.
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
Foto-foto Kehidupan Sekumpulan Semut Yang Unik
Andrey Pavlov, seorang jurugambar kelahiran Rusia telah menghasilkan fotografi macro yang sangat menakjubkan. Beliau telah menggunakan semut-semut yang sebenar untuk dijadikan model. Mari kita lihat hasil kreativiti Pavlov dalam entri penuh.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
Kalaulah Telur Punya Perasaan
Vanessa Dualib merupakan seorang jurugambar yang kreatif. Beliau telah mengambil gambar telur-telur yang telah dilukis dengan mimik wajah tertentu untuk menjayakan sebuah projek yang dinamakan "Eggventures of Eggbert". Projek ini mengisahkan perjalanan telur yang berusaha untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa dimasak.
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
Sediakan Bekal Makanan Anak Dengan Kreatif
Pada setiap pagi, Heather Sitarzewski akan menyediakan bekal makanan yang mengkagumkan untuk anaknya. Ibu yang kreatif ini akan menyediakan sandwich yang disusun sehingga menyerupai ikon popular di dalam filem, video game dan kartun sebagai bekal makanan tengahari anaknya di sekolah. Bertuah sungguh anak beliau.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
31 May 2012
Haiwan Pun Berdisplin Jugak..
Semasa di sekolah, setiap kali perhimpunan para pelajar mesti beratus dengan kemas mengikut barisan kelas masing-masing. Tujuannya, adalah untuk menanam disiplin dalam kalangan generasi muda. Namun tahukah anda, bukan manusia sahaja yang tahu apa itu disiplin. Haiwan zaman sekarang pun berdisiplin juga. Mari kita lihat gambar-gambar haiwan yang sangat berdisiplin ini. Sekali tengok macam pulak..
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
Angry Birds Di Dunia Realiti
Saya pasti mesti ramai yang meminati permainan Angry Birds,kan? Tidak kiralah dari pelajar-pelajar ipt sehingga ke adik-adik yang belum bersekolah. Semuanya minat engan karakter burung-burung yang comel dalam Angry Birds sehingga ada kanak-kanak dan anak-anak gadis menjadikan patung karakter burung-burung di dalam Angry Birds sebagai teman tidur.
Seorang mahasisa India, Mohamed Raoof telah membuktikan bahawa watak-watak burung di dalam permainan tersebut adalah nyata. Beliau telah menemuai burung-burung di alam nyata yang menyerupai watak animasi popular tersebut. Jom kita lihat 6 keping gambar burung yang menyerupai karakter-karakter dalam Angry Birds. Sama atau tidak..?Anda boleh komen nanti..
Seorang mahasisa India, Mohamed Raoof telah membuktikan bahawa watak-watak burung di dalam permainan tersebut adalah nyata. Beliau telah menemuai burung-burung di alam nyata yang menyerupai watak animasi popular tersebut. Jom kita lihat 6 keping gambar burung yang menyerupai karakter-karakter dalam Angry Birds. Sama atau tidak..?Anda boleh komen nanti..
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
30 May 2012
Bila Baby Pandai Menyelam..Comel..
Saya tertarik dan kagum melihat foto anak kepada angkasawan negara kita yang ternyata sudah pandai menyelam walaupun di usia yang masih kecil. Jadi di sini saya kongsikan foto-foto beberapa orang bayi ketika mereka menyelam di kolam renang. Memang comel dan menakjubkan, like a little angel..
Labels:
Dunia Comel
28 May 2012
Like Father Like Son
Like father like son..Itulah yang terlintas di fikiran bila tengok gambar-gambar di bawah. Anak-anak ini bukan sahaja mewarisi wajah bapa mereka, malah ada juga yang mewarisi habit dan hobi bapa mereka. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..Agaknya bila kanak-kanak dalam gambar-gambar itu da besar nanti, mesti muka macam bapa mereka kan..
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Lucu,
Terlebih Kreatif
Foto Si Kecil Yang Sungguh Unik
Adele Enersen merupakan seorang pereka konsep dalam bidang pengiklanan dan juga seorang ibu kepada seorang bayi perempuan. Adele tidak mahu melepaskan saat-saat indah pembesaran anaknya lantas menggunakan bakat dan kreativiti yang dimiliki dengan mengabadikan koleksi foto-foto yang unik dan kreatif untuk anak perempuan kesayangannya. Berikut merupakan 10 foto-foto unik yang diambil semasa anaknya sedang tidur. Comel sungguh..
Labels:
Dunia Comel,
Terlebih Kreatif
Subscribe to:
Posts (Atom)


















