Blogger WidgetsBlogger Widgets

04 September 2012

5 Buah Buku Yang Diperbuat Daripada Kulit Manusia

Amalan menghasilkan buku dari kulit manusia dikenali sebagai anthropodermic bibliopegy. Ia bukanlah sekadar mitos atau lagenda semata-mata, sebaliknya anthropodermic bibliopegy memang benar-benar diamalkan sejak abad ke-17 terutama ketika Revolusi Perancis.Teknik ini digunakan untuk mengumpul dan menggabungkan teks seperti buku anatomi, wasiat dan bukti terakhir serta prosiding kehakiman.  Berikut merupakan 5 buah buku yang diperbuat daripada kulit manusia sebenar.

1. A True and Perfect Relation of the Whole Proceedings Against the Late Most Barbarous Traitors, Garnet A Jesuit and His Confederates


Buku ini dihasilkan pada tahun 1606 dan kulit buku yang digunakan merupakan kulit Father Henry Garnet. Buku ini adalah menceirtakan kegagalan, penangkapan dan pelaksanaan hukuman ke atas Gunpowder Plotter. Gunpowder Plotter adalah sebuah kumpulan Katolik yang menentang dan merancang pembunuhan ke atas Raja James dari England dan anak sulungnya dengan cara meletupkan Houses of Parliament. Walaubagaimana pun, plot tersebut gagal dan semua yang terlibat ditangkap dan dibunuh.

2. Practicarum Quaestionum Circa Leges Regias Hispaniae


Buku ini mengandungi teks berkaitan perjanjian undang-undang Sepanyol. Muka surat terakhir buku ini tertulis bahawa ia adalah 'tinggalan terakhir' Jonas Wright. Ia menjadi bukti bahawa amalan anthropodermic bibliopegy diamalkan bagi memperingati peristiwa yang mempunyai nilai sentimental yang mendalam. Buku ini kini disimpan di Universiti Harvard.

3. Leeds, England Ledger


Buku berusia 300 tahun ini ditemui semula pada tahun 2006 di Leeds, England. Tidak banyak maklumat berkaitan buku ini. Namun ada kemungkinan ia ditulis di Perancis semasa Revolusi Perancis dan ditulis semula pada 1700an. 

4. Red Barn Murder Judicial Proceedings


The Red Barn Murder menceritakan kisah pembunuhan yang berlaku di Polstead, Suffolk, England pada 1827. Kisah bermula apabila seorang wanita muda bernama Maria Marten telah mengandungkan anak seorang penyangak, William Corder di luar nikah. Pasangan kekasih itu merancang untuk bertemu di Red Barn. Walaubagaimana pun, Corder telah menembak mati Marten dalam pertemuan tersebut. Mayat Marten ditemui dan dikenalpasti oleh ibu tirinya selepas wanita itu bermimpi mengenai pembunuhan yang berlaku di kawasan tersebut. Corder dijatuhi hukuman bunuh. Tulang-tulangnya dijadikan bahan pembelajaran perubatan di Hospital West Suffolk manakala kulitnya digelapkan oleh pakar bedah, Goerge Creed dan dijadikan kulit buku yang menceritakan tentang pembunuhan tersebut. Kini, buku tersebut disimpan di  Moyse’s Hall Museum.

5. Narrative of the Life of James Allen, alias Jonas Pierce, alias James H. York, alias Burley Grove, the Highwayman, Being His Death-bed Confession to the Warden of the Massachusetts State Prison


Pada abad ke-19, James Allen telah dipenjarakan atas tuduhan cubaan merompak John A. Feno di Massachusetts Turnpike. John A. Feno bukan sahaja mematahkan cubaan merompak ke atas dirinya, malah dia sendiri turut membawa James Allen kepada pihak berkuasa. Allen didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh. Sebelum meninggal dunia, Allen meminta supaya warden penjara menghasilkan sebuah buku mengisahkan kisah rompakan tersebut. Selain itu, Allen juga meminta agar kulitnya dijadikan sampul buku tersebut dan ia harus diserahkan kepada Fano. Buku tersebut kemudiannya telah didermakan oleh keturunan Fano kepada Boston Anthenaeum.









No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...