Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 July 2012

Kerana Lapar, Kanak-Kanak Ini Minum Susu Anjing

Akibat terlalu lapar, Chotu Kumar yang baru berusia 6 tahun minum susu anjing yang berkeliaran berhampiran rumahnya. Chotu berasal dari keluarga miskin dari daerah Jharkhand, Timur India. Dia tinggal di rumah usang bersama nenek, ibu, abang dan adiknya sementara bapanya pula telah meninggal dunia 4 tahun lalu.

Ikan Ini Makan Alat Kelamin Lelaki

Kedengaran agak pelik dan mustahil. Masakan ada ikan yang seumpama itu. Namun realitinya terdapat dua kes kematian membabitkan ikan ini di mana dua orang lelaki dilaporkan digigit di bahagian sulit sehingga menyebabkan mereka meninggal dunia.

Video Comel Bayi Menyambut Kepulangan Ayahnya Dari Tempat Kerja

Pertama kali melihat video ini, saya tersenyum seorang diri. Telatah bayi tersebut yang sangat seronok dan gembira melihat bapanya keluar dari kereta setelah pulang dari tempat kerja mampu menyentuh hati dan membuat sesiapa sahaja tersenyum . Bahkan bukan sahaja bayi tersebut yang gembira, malah anak anjing peliharaan mereka juga turut serta seronok melihat kepulangan tuannya. Sangat comel dan menyentuh hati.


10 July 2012

5 Destinasi Percutian Paling Pelik

Percutian ke tempat-tempat menarik pastinya menjadi pilihan bagi menghilangkan stress setelah penat bekerja. Bagi yang berkemampuan, pastinya wang dan kos percutian yang tinggi tidak menjadi masalah asalkan kepuasan terjamin. Pelbagai destinasi percutian menarik diperkenalkan bagi menarik perhatian pelancong. Berikut merupakan 5 destinasi percutian yang pelik dan juga mahal.

1. Percutian ke Angkasa


Bagi yang sudah bosan bercuti di bumi, Space Adventures memberi peluang kepada anda untuk cuba melancong ke angkasa pula dengan menaiki kapal angkasa Soyuz untuk misi circumlunar. Percutian selama 7 hari itu menjanjikan pemandangan bulan, bintang dan bumi yang menarik dan luar biasa. Sebelum berlepas, bakal pelancong akan dilatih oleh angkasawan Rusia di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin. Kos pelancongan luarbiasa ini bernilai US$100 juta.

Bayi Kembar Enam Ini Dinamakan Sempena Nama Model Kereta


Seorang ibu dari Thailand bernama Duangchanok Wangwitthayaskul telah melahirkan bayi kembar enam dan memberikan nama keenam bayinya Audi, Fortune (Toyota Fortuner), Porsche, Mini, Volkswagen, dan Fiat.


Pokok Baobab, Pokok Terbalik

Adansonia Digitata atau pokok Baobab merupakan pokok aneh yang boleh ditemui di Afrika dan Australia. Baobab dikenali sebagai pokok terbalik kerana memiliki daun yang sedikit dan memiliki cabang ranting yang kelihatan seperti akar kayu.

Muka Cantik, Tapi Hati....


Gadis yang memiliki paras rupa yang cantik tidak semestinya memiliki hati yang cantik. Gadis-gadis dalam foto ini misalnya, walaupun boleh dikategorikan cantik dan comel namun mereka tidak mempunyai hati dan perasaan serta belas kasihan.

Wanita Ini Beli Telefon Bimbit Tanpa Seurat Benang

Berita ini bukan bermaksud pornografi, namun hanya sekadar renungan bahawa masyarakat sekarang semakin rosak moral dan tidak beradap. Kejadian memalukan ini berlaku di Hong Kong dan menjadi topik hangat media dan blog Hong Kong, China dan Taiwan.


Suami Dibunuh Kerana Malas Mandi

Seorang wanita dari Rusia berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa kerana membunuh suaminya yang berusia 35 tahun. Menurut badan penyelidik Rusia, peristiwa itu bermula apabila suspek cuba menasihati mangsa supaya mandi demi menjaga kebersihan dan kesihatan. Namun, nasihat suspek tidak dipedulikan mangsa sehingga menyebabkan mereka bertengkar.


03 July 2012

Foto Unik-Melawan Graviti

Philippe Ramette telah menghasilkan satu seni fotografi yang sungguh menarik. Beliau tampil dengan kelainan dengan menghasilkan foto yang menggambarkan seseorang berdiri melawan graviti. Jurugambar ini tidak menggunakan sebarang foto editor mahupun Photoshop. Sebaliknya, model-modelnya hanya menggunakan alat sokongan logam yang dtersembunyi.