02 July 2012
Kreatif-Mug Yang Boleh Terapung
Tigere Chiriga telah mereka mug yang bersambung dengan pemegang bagi membolehkannya kelihatan terapung. Tujuan mug ini direka bagi melindungi perabot daripada air yang tumpah dan juga haba. Uniknya, mug ini kelihatan seakan-akan terapung jika dilihat dari tepi.
Labels:
Dunia Comel,
Dunia Yang Unik
5 Kempen Iklan Paling Kontroversi Dalam Sejarah
Iklan menjadi medium bagi menyampaikan mesej ringkas dan padat. Syarikat pengiklanan berlumba-lumba menghasilkan iklan yang kreatif dan mampu menarik perhatian orang ramai sekaligus memberi kesan positif dalam diri masyarakat. Namun, beberapa iklan di bawah ini menimbulkan persoalan dan kemarahan sesetengah golongan dan mesej yang ingin disampaikan juga telah disalahtafsir.
1. United Colors of Benetton-Unhate
Tiada lagi yang lebih kontoversi melainkan iklan yang memaparkan gambar pope 'bercium' dengan seorang imam. Iklan ini menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian dan Islam di seluruh dunia. Iklan ini telah diletakkan di pusat perkembangan Katolik. Foto iklan ini merupakan siri kempen Benetton yang bertajuk Unhate. Dalam siri ini juga terdapat gambar di mana presiden Amerika Syarikat, Barack Obama 'mengucup mulut' presiden China, Hu Jintao.
1. United Colors of Benetton-Unhate
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Kemewahan Royal Suite, Burj Al Arab
Seperti yang kita tahu, Burj Al Arab yang terletak di Dubai merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Bangunan ini menempatkan bilik-bilik hotel mewah, restoran dan sebagainya. Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda melihat keindahan royal suite Burj Al Arab yang cukup mewah. Suite ini menghadap pemandangan Lautan Arab yang membiru dan dilengkapi dengan lantai marmar. Ia memiliki bilik tidur utama, ruang makan, panggung wayang peribadi dan lif peribadi. Bagi yang berkemampuan, bolehlah menginap di suite ini dengan kadar US$ 19 000 semalam.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Unik
01 July 2012
5 Rumah Termahal Di Dunia
Rumah merupakan keperluan asas terpenting bagi manusia. Rumah juga menggambarkan status dan tahap kewangan seseorang individu. Semakin besar, mahal dan mewah rumah seseorang, semakin tinggi status individu tersebut. Mari kita ketahui 5 buah rumah paling mahal di dunia. Pastinya rumah ini adalah rumah termewah di dunia.
1. Antilla
Antilla merupakan rumah termahal di dunia. Ia milik Mukesh Ambani yang merupakan antara inividu terkaya di dunia. Rumah 27 tingkat ini terletak di India dan ia diangarkan bernilai US$1 billion.
1. Antilla
Labels:
Cerita Dunia
Perkahwinan Paling Gila-Berkahwin Tanpa Pakaian
9 pasangan telah melansungkan perkahwinan di sebuah resort di Jamaica dalam keadaan berbogel. Mereka hanya memakai sunblock dan veil sambil membawa bunga bagi menutupi bahagian 'sensitif' masing-masing. Majlis itu sepatutnya meraikan 10 pasangan pengantin namun sepasang pengantin telah menarik diri dari acara tersebut. Sebelum ini, perkahwinan gila seperti ini pernah diadakan pada tahun 2001 namun telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan bantahan dari penduduk Jamaica. Penduduk di situ beranggapan bahawa perkahwinan bogel boleh merosakkan imej Jamaica. Namun tahun ini, tiada sebarang bantahan saat perkahwinan bogel tersebut dilangsungkan.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
Salar De Uyuni, Fenomena Cermin Raksasa Semulajadi
Salar De Uyuni yang turut digelar sebagai 'syurga dunia' berada berdekatan dengan puncak Andes pada ketinggian 11 995 kaki dari aras laut. Ia terletak di Bolivia dan terkenal dengan fenomena cermin raksasa semulajadi
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Unik
5 Foto Spesies Haiwan Yang Telah Pupus
Terdapat pelbagai spesies haiwan yang telah pupus dan hampir pupus akibat kesilapan manusia. Contohnya, penyu dan gajah merupakan haiwan yang diancam kepupusan kerana gading gajah dan telur penyu diburu atas permintaan manusia yang pentingkan diri. Sekiranya kita tidak menjaga spesies haiwan yang ada sekarang, maka generasi akan datang hanya mampu melihat haiwan-haiwan tersebut melalui gambar sahaja seperti mana kita hanya mampu melihat 5 haiwan yang telah pupus ini di dalam gambar.
1. The Tarpan
Spesies Tarpan yang terakhir mati di Askania Nova, Ukraine pada tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur Rusia. Spesies ini pupus pada akhir 1800an akibat pembukaan kawasan pertanian di kawasan hutan dan padang rumput yang merupakan habitat Tarpan. Para petani memburu haiwan ini kerana takut tanaman mereka dimakan dan dirosakkan oleh Tarpan.
1. The Tarpan
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Unik
5 Letupan Nuklear Paling Dahsyat Dalam Sejarah
Nuklear merupakan senjata moden yang paling digeruni kerana mampu membawa kemusnahan yang besar dalam masa singkat. Berikut merupakan 5 letupan nuklear paling dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah. Ada yang benar-benar dilepaskan bagi tujuan peperangan dan ada juga yang dilepaskan untuk dijadikan ujian sahaja. Apa pun, impak dari nuklear memang menakutkan dan semoga tiada lagi nuklear yang digunakan untuk peperangan selain dari tragedi Hiroshima dan Nagasaki.
1. Foto ini diambil oleh seorang tentera Perancis pada 3 Julai 1970. Operasi nuklear ini dijalankan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Fangataufa. Kod bom ini ialah Canopus. Ia memiliki kekuatan ledakan sebesar 914 kt dan dihasilkan oleh Perancis.
1. Foto ini diambil oleh seorang tentera Perancis pada 3 Julai 1970. Operasi nuklear ini dijalankan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Fangataufa. Kod bom ini ialah Canopus. Ia memiliki kekuatan ledakan sebesar 914 kt dan dihasilkan oleh Perancis.
Labels:
Cerita Dunia
5 Hukuman Penjara Paling Lama Dalam Sejarah
Dari waktu ke waktu, kejahatan terus berkembang. Begitu juga dengan hukuman yang diberikan selalu berkembang untuk memberikan rasa keadilan bagi masyarakat. Berikut merupakan 5 hukuman terberat di dunia berdasarkan laman web topcultured.com.
Pada tahun 1972, seorang warga Palma de Mallorca, Sepanyol, Gabriel March Grandos, 22 dijatuhi hukuman penjara selama 384 912 tahun karena telah menggelapkan lebih dari 4 ribu surat. Hukuman ini menjadi hukuman terlama sepanjang sejarah di dunia.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
5 Manusia Paling Tinggi Di Dunia
Manusia yang memiliki ketinggian luarbiasa telah lama direkodkan dalam sejarah. Keistimewaan yang dimiliki membuat mereka menjadi terkenal sehingga kini meskipun ada antara mereka yang telah meninggal dunia. Berikut merupakan 5 individu tertinggi di dunia.
1. Robert Wadlow,8′ 11.1″
Robert Wadlow dari Alton, Illinois merupakan manusia paling tinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah. Ketinggiannya mencapai 8′ 11.1″. Wadlow lahir pada 1918 dan dia merupakan anak sulung dari 5 adik beradik. Wadlow meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu 22 tahun.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)



