Blogger WidgetsBlogger Widgets

29 May 2012

Idea-idea Kreatif Pereka Fesyen Yang Fail...

Saya suka menonton pertunjukan pentas peragaan (walaupun hanya mampu menonton di tv) terutama peragaan fesyen dari Victoria's Secret (VS). Model-model nampak cantik sangat..macam bidadari sampai kita terpegun melihat cara mereka memperagakan pakaian. Idea yang ditampilkan setiap kali pertunjukan fesyen diadakan sangat kreatif dan unik. Sebab tu ada juga pereka fesyen jenama lain cuba untuk tampil unik dan kreatif macam VS. Ada yang berjaya, tapi ada juga yang fail....Contohnya, macam foto-foto di bawah ini..


Bila Da Terlampau Kreatif Dalam Berfesyen...

Lumrah alam, semua orang mahu kelihatan cantik. Tapi kalau terlampau kreatif dalam berfesyen, nampak pelik pulak. Tak pasti la apa yang bermain dalam fikiran mereka-mereka ini. Mungkin cita rasa seseorang dalam berfesyen tak sama agaknya.

28 May 2012

Like Father Like Son

Like father like son..Itulah yang terlintas di fikiran bila tengok gambar-gambar di bawah. Anak-anak ini bukan sahaja mewarisi wajah bapa mereka, malah ada juga yang mewarisi habit dan hobi bapa mereka. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..Agaknya bila kanak-kanak dalam gambar-gambar itu da besar nanti, mesti muka macam bapa mereka kan..




Pewaris Legasi Billionair

Bertuahnya gadis-gadis ini kerana bukan sahaja cantik, malah dilahirkan dalam keluarga yang memiliki aset berbillion dollar yang bakal diwarisi mereka.



1. Vanisha Mittal
Merupakan  salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat keluli dan juga pewaris kepada Laksmi Mittal. Bapanya, Laksmi Mittal membelanjakan RM177 juta untuk majlis perkahwinan Vanisha. Satu jumlah yang kecil bagi keluarga Mittal kerana aset keluarga itu dianggarkan bernilai RM92.5 billion.

Berkongsi Apa Saja..Termasuk Isteri....

Amar dan Kundan Singh Pundir merupakan dua beradik kandung yang menetap di sebuah kawasan pedalaman di India. Amar dan abangnya, Kundan sentiasa bersama sejak dari kecil. Mereka begitu rapat sehingga mereka sanggup berkongsi rumah, pekerjaan dan juga seorang isteri. Perkahwinan yang melibatkan seorang isteri dan lebih dari seorang suami disebut poliandri. Poliandri, tidak seperti poligami; jarang diamalkan. Biasanya, perkahwinan seperti ini bermotifkan tradisi dan ekonomi.



Kehidupan 39 Isteri Berkongsi Seorang Suami

Ziona Chana merupakan seorang lelaki separuh abad di sebuah desa di Baktawng, sebuah kawasan pedalaman India. Chana bekerja sebagai peternak dan petani. Dia adalah seorang suami, bapa, bapa mertua dan datuk kepada 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 orang menantu dan 33 orang cucu.























Apa yang lebih menarik mengenai lelaki ini ialah semua isterinya tinggal sebumbung, iaitu di sebuah rumah besar 4 tingkat yang mempunyai 100 bilik. 

Foto Si Kecil Yang Sungguh Unik

Adele Enersen merupakan seorang pereka konsep dalam bidang pengiklanan dan juga seorang ibu kepada seorang bayi perempuan. Adele tidak mahu melepaskan saat-saat indah pembesaran anaknya lantas menggunakan bakat dan kreativiti yang dimiliki dengan mengabadikan koleksi foto-foto yang unik dan kreatif untuk anak perempuan kesayangannya. Berikut merupakan 10 foto-foto unik  yang diambil semasa anaknya sedang tidur. Comel sungguh..



Bila Adik2 Kita Pun Nak Bercinta.........

Bagi adik-adik yang masih bersekolah rendah dan tiada telefon mahupun akaun laman sosial seperti facebook, surat menjadi pilihan untuk mereka meluahkan perasaan. Jangan pelik sebab kanak-kanak sekarang sudah mula pandai bercinta monyet walaupun mereka mungkin belum mengambil peperiksaan UPSR pun. Berikut merupakan 5 surat cinta yang mungkin boleh membuat kita geli hati membacanya.



27 May 2012

5 Ritual Pelik di Seluruh Dunia

Setiap kaum di dunia ini mempunyai adat resam dan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang turun-temurun. Bagi suku kaum orang asli di beberapa buah negara yang masih berpegang teguh pada adat resam resam mereka, untuk menjadi lelaki dewasa yang mampu melindungi kaum dan perkampungan, kanak-kanak lelaki harus menjalani ritual yang agak unik dan extreme sebelum boleh digelar sebagai seorang lelaki dewasa.



1. Ritual Bersunat Kaum Mardudjara di Australia
Remaja lelaki bagi suku kaum Mardudjara yang mencapai usia 15-16 tahun diwajibkan bersunat. Namun, ritual sunat bagi suku kaum ini boleh dikatakan sedikit aneh. Remaja lelaki yang bakal disunatkan akan dibaringkan berdekatan unggun api. Kemudian, ketua puak akan duduk di atas dada remaja lelaki tersebut dengan menghadap kemaluan remaja itu. Seterusnya, kulit kemaluan akan dipotong dengan menggunakan pisau yang telah dijampi. Proses bersunat diakhiri dengan remaja lelaki terbabit menelan kulit kemaluan yang baru dipotong tadi tanpa mengunyah sedikit pun.

25 May 2012

9 Lapangan Terbang Terbaik 2012



Skytarx baru-baru ini telah mengiktiraf 10 buah lapangan terbang terbaik bagi tahun 2012. Daripada 388 buah lapangan terbang di seluruh dunia yang ada, Incheon International Airport di Korea Selatan telah menerima pengiktirafan sebagai lapangan terbang yang terbaik di dunia bagi tahun ini diikuti dengan Changi Airport di Singapura. KLIA pula menduduki tempat kelapan . Senarai 10 lapangan terbang terbaik bagi tahun 2012 ini didominasi oleh negara-negara Asia.  Gambar-gambar di bawah merupakan 10 lapangan terbaik 2012.

1. Incheon International Airport, Seoul
Incheon International Airport mempunyai susun atur yang sangat bersih dan teratur.    Persembahan kebudayaan yang menarik dan percuma selalu dipersembahkan di sini.  Selain itu, lapangan terbang ini juga  menawarkan pelbagai pilihan kedai bebas cukai, proses ‘check-in’ dan imigresen yang cepat serta kakitangan yang sangat bertolak ansur. Wi-Fi percuma disediakan dan komputer riba boleh digunakan di Naver Square.