04 September 2012
Sepanduk Demonstrasi Jalanan Yang Tidak Masuk Akal
Rakyat biasa di kebanyakan negara biasanya lebih gemar memilih demonstrasi jalanan sebagai medium bagi menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan mahupun badan-badan tertentu. Dalam mana-mana demonstrasi yang diadakan, pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang benar-benar serius memperjuangkan hak dan pendapat mereka, ada pula yang sekadar hadir bagi membuat kacau lantas menunjukkan kebodohan diri dan ada pula yang masih tidak jelas tujuan sebenar mereka menyertai demonstrasi sehinggga terhasillah sepanduk-sepanduk seperti di bawah ini.
Labels:
Dunia Yang Lucu
Reaksi Comel Kanak-kanak Yang Takut Potong Rambut
Ketika menulis entri ini, saya teringat reaksi seorang sepupu berusia dua tahun setiap kali ibu saudara saya membawanya ke salon bagi memotong rambut. Setiap kali tukang gunting rambut mula memotong rambut, setiap kali itulah dia akan menangis dan meronta-ronta tidak mahu dipotong rambut. Ternyata situai ini bukan sahaja berlaku pada sepupu saya, malah ia juga berlaku pada kanak-kanak lain. Tidak pasti kenapa ramai kanak-kanak takut potong rambut. Tapi yang pasti, reaksi mereka nampak comel dan juga kelakar.
Labels:
Dunia Comel
30 August 2012
Dari Pelakon Porno Ke Ahli Politik
Dunia politik memang luas. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli politik atas dasar kebebasan bersuara. Di Malaysia sekarang ini kita sering melihat artis dan selebriti menyertai parti politik tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang. Namun percayakah anda, ternyata di barat terdapat beberapa orang pelakon porno turut menyertai politik. Berikut merupakan 5 orang bekas pelakon porno yang pernah menyertai parti politik dan bergiat aktif dalam politik.
1. Mimi Miyagi
Mimi Miyagi merupakan pelakon filem porno kelahiran Filipina. Nama sebenar Mimi ialah Melody Damayo. Mimi telah menawarkan diri bertanding merebut jawatan gabenor bahagian Nevada pada 12 Mei 2006 atas tiket Parti Republik. Dalam kempennya, Mimi membawa slogan "Aku berbogel dan jujur sepanjang waktu". Dia terpaksa bertanding dengan 4 orang calon Parti Republik yang lain dan akhirnya tewas di tangan Jim Gibbons.
1. Mimi Miyagi
Mimi Miyagi merupakan pelakon filem porno kelahiran Filipina. Nama sebenar Mimi ialah Melody Damayo. Mimi telah menawarkan diri bertanding merebut jawatan gabenor bahagian Nevada pada 12 Mei 2006 atas tiket Parti Republik. Dalam kempennya, Mimi membawa slogan "Aku berbogel dan jujur sepanjang waktu". Dia terpaksa bertanding dengan 4 orang calon Parti Republik yang lain dan akhirnya tewas di tangan Jim Gibbons.
Labels:
Cerita Dunia
Masjid Nando- Didakwa Dibina Oleh Makhluk Ghaib
Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat telah wujud sekitar abad ke-12 Masihi. Uniknya, senibina dan rekabentuk masjid ini amat berbeza dengan masjid-masjid lain di mana tiada sebarang kubah mahu pun batu marmar dibina dalam masjid ini. Sebaliknya, bangunan ini hanya dibina dengan dilapisi oleh lumpur. Tulisan kaligrafi yang terdapat di dinding masjid ini juga dipahat daripada lumpur.
Labels:
Cerita Dunia
Dendam Terindah-Samsung Hantar 30 Trak Mengandungi Syiling 5 Sen Pada Apple
Berikutan kekalahan berkaitan hak paten di mahkamah baru-baru ini, Samsung telah diperintah oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak USD$1 billion kepada pihak Apple. Pagi tadi, ibu pejabat Apple gempar dengan kehadiran kira-kira 30 buah trak yang membawa wang syiling 5 sen.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Misteri Lelaki Berkulit Biru
Pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky yang dikenali dengan nama Troublesome Creek. Martin kemudiannya telah mengahwini seorang wanita kulit putih bernama Elizabeth Smith. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 daripadanya berkulit biru.
![]() |
| Keluarga Fugate; 4 dari 7 anak Martin berkulit biru |
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
29 August 2012
5 Virus Paling Bahaya Di Dunia
Semakin kita memasuki dunia moden, semakin banyak penyakit daripada virus baru yang muncul. Sehingga kini, para sainstis masih lagi berusaha mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit dari virus-virus tersebut. Virus-virus moden ini menyerang pelbagai lapisan masyarakat tidak kira golongan tua, dewasa mahu pun kanak-kanak. Kepesatan sistem pengangkutan turut menjadi faktor cepatnya penyebaran virus tersebut ke seluruh dunia. Jom kita kenali 5 jenis virus berbahaya yang paling ditakuti manusia masa kini.
1. Virus Ebola
Ebola (Virus Kongo) merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus Ebola baru sahaja dikenalpasti. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
1. Virus Ebola
Ebola (Virus Kongo) merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus Ebola baru sahaja dikenalpasti. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Labels:
Cerita Dunia
Kailash Singh, Tidak Pernah Mandi Dalam Tempoh 38 Tahun
Sebagai manusia normal, kita mesti berasa tidak selesa jika tidak mandi walaupun untuk sehari. Tapi bagi seorang lelaki dari India yang bernama Kailash Singh, tidak mandi selama sehari adalah perkara biasa. Ini kerana, lelaki ini tidak pernah mandi dalam sejak 38 tahun yang lalu dan dia boleh dikategorikan sebagai manusia paling busuk di dunia..!
Labels:
Cerita Dunia
5 Foto Makhluk Paranormal Yang Terkenal Sepanjang Zaman
Makhluk paranormal kekal misteri dan masih sukar diperjelaskan kewujudannya walaupun kita sudah memasuki era moden. Pelbagai peralatan sainstifik direka bagi mengenalpasti kehadiran entiti makhluk ini. Namun sekiranya bernasib baik, anda tidak memerlukan kamera atau video yang canggih untuk merakam gambar entiti tersebut. Ini kerana 5 keping foto yang memaparkan entiti yang sukar dijelaskan ini diambil lebih berpuluh-puluh tahun dahulu dan tanpa menggunakan peralatan moden mahupun Photoshop.
1.
Foto ini diambil pada tahun 1919 dan ia diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1975 oleh Sir Victor Goddard yang merupakan seorang bekas tentera Royal Air Force. Foto tersebut merupakan potret skuad Goddard ketika bertugas semasa Perang Dunia Pertama. Di belakang salah seorang skuad tersebut terdapat satu entiti yang menyerupai seorang lelaki. Kononnya, entiti itu adalah Freddy Jackson yang bekerja sebagai mekanik di Royal Air Force. Gambar tersebut diambil ketika Jackson baru sahaja 2 hari meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja.
1.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
Foto Kanak-kanak Yang Hidup Dalam Kemiskinan
Dalam sebuah negara membangun, kehidupan golongan miskin di negara kita mungkin tidak seteruk masyarakat di negara miskin seperti Afrika dan India. Sekurang-kurangnya rakyat yang lebih berkemampuan dan kerajaan negeri masih ada untuk memberi sumbangan buat rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan. Namun di negara-negara mundur, golongan miskin tegar yang ramai terpaksa bersaing sesama sendiri sekiranya bantuan kemanusiaan dari negara lain tiba. Kelaparan merupakan perkara biasa bagi golongan ini. Lebih teruk, mereka juga diancam kebuluran. Berikut merupakan foto-foto kanak-kanak miskin dari pelbagai negara. Moralnya, kita perlu bersyukur kerana kita tidak perlu menjalani kehidupan seperti mereka di bumi bertuah ini.
Labels:
Cerita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)









