Blogger WidgetsBlogger Widgets

16 June 2012

10 Teksi Yang Luarbiasa & Cool

Semua mesti pernah naik teksi kan..? Kalau di Malaysia, kita biasa naik teksi model Saga dan Waja sahaja. Tapi ada sesetangah negara yang menyediakan perkhidmatan teksi dari model-model terkenal dan mewah seperti Maybach, Porsche, Chevrolet Corvette, Porsche Cayenne dan Lamborghini. Tak mampu beli kereta mewah pun ok juga kan kalau dapat naik teksi macam ni..Berapa lah tambang teksi ni agaknya...

Teksi Maybach

Kasut Comel Yang Dibuat Daripada Roti

Sepasang kembar yang sangat kreatif, Remigijus and Egidijus Praspaliauskas telah mereka koleksi kasut-kasut unik dan comel yang diperbuat daripada roti. Koleksi kasut-roti mereka mempunyai pelbagai rekaan yang comel-comel belaka dan dijual dengan harga €22 sepasang. Seperti kasut biasa, koleksi kasut adik-beradik Praspaliauskas juga dijual dengan kotak kasut sekali. Jom kita lihat 10 foto koleksi kasut adik-beradik Praspaliauskas ini.

Seni Ukir Makanan Yang Kreatif & Nampak Hidup

Seorang jurugambar berbakat kelahiran Hungary  telah menghasilkan seni makanan yang sangat luar biasa dan menakjubkan. Beliau telah mengukir bentuk muka yang mempunyai pelbagai emosi pada makanan dan sayur-sayuran. Balla telah mengukir mata, hidung, mulut dan gigi pada buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan pisau X-acto. Jom kita saksikan 10 foto hasil kerja Balla.

 

5 Kisah Perceraian Yang Pelik & Gila

Setiap pasangan yang berkahwin berharap agar hubungan mereka kekal sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat. Namun apabila sudah tiada keserasian, perceraian merupakan jalan terakhir.

Namun, 5 pasangan ini menfailkan permohonan mereka dengan alasan yang tidak kukuh, tidak logik, pelik dan gila. Tidak percaya, cuba anda baca kisah mereka ini.

1. Mesir


Seorang jurutera wanita Mesir telah menfailkan permohonan cerai selepas suaminya enggan mandi dalam bulan pertama pernikahan mereka. Si suami mendakwa bahawa dia elergik pada air dan tidak dibenarkan mandi. Si isteri meminta pendapat doktor tentang keadaan suaminya. Pandangan doktor ternyata bertentangan dengan dakwaan si suami. Menurut doktor, elegik pada air tidak menghalang seseorang itu daripada  membersihkan dirinya. Merasa tertipu, si isteri berdepan dengan suaminya. Si suami enggan menceraikan isterinya sehingga menyebabkan si isteri pergi ke mahkamah untuk menfailkan permohonan perceraian.

15 June 2012

Wanita Hamil 7 Bulan Dipaksa Menggugurkan Kandungan


Foto mengerikan seorang wanita yang terbaring di sebelah mayat bayinya telah menimbulkan kemarahan masyarakat China. Feng Jianmei mendakwa dia telah dipaksa menggugurkan kandungannya yang telah memasuki usia 7 bulan hanya kerana dia telah pun mempunyai seorang anak sebelum ini.

5 Lagu Paling Kontroversi Dalam Sejarah

Setiap penulis lirik diberi kebebasan dalam mencipta lagu mereka. Setiap lagu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Mungkin kebebasan tersebut mungkin telah disalah guna sehingga menyebabkan segenlintir penulis lirik menulis lagu yang mempunyai unsur-unsur yang keterlaluan sehingga sehingga ada yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. Berikut merupakn 5 lagu kontroversi yang hangat diperkatakan sepanjang zaman.

1. Cop Killer- Body Count


Cop Killer merupakan sebuah lagu nyanyian Body Count dari album "Body Count" yang dipasarkan pada 1992. Lagu tersebut menceritakan tentang individu yang marah dan bosan dengan kekasaran polis dan mahu membuat undang-undang sendiri dengan membunuh polis. Lagu ini mendapat kritikan hebat dari individu berpengaruh seperti Goerge Bush, Tipper Gore dan ahli politik yang lain.

Kini Tatoo Juga Boleh Diukir Di Jantung

Mengukir nama pasangan di badan bukanlah perkara asing kerana kita biasa dengar orang lain melakukan perkara tersebut. Namun, mengukir tatoo pada jantung mungkin merupakan perkara yang jangal dan pelik serta memerlukan keberanian yang tinggi. Sebenarnya servis ini memang ada buat individu yang ingin mengukir nama pasangan pada jantung sebagai bukti cinta mereka.


5 Filem Kontroversi Yang Paling Banyak Diharamkan Oleh Pelbagai Negara

Filem merupakan sebuah bentuk hiburan yang digemari ramai. Pelbagai filem dengan genre yang berbeza dihasilkan saban tahun. Namun sesetengah filem memaparkan beberapa adegan yang kurang menyenangkan penonton sehingga menyebabkan tayangannya dilarang di beberapa buah negara. Bagi sesetengah negara pula, filem-filem ini masih boleh ditayangkan namun had umur yang ketat dikenakan kepada penontonnya.

1. Cannibal Holocaust


Filem ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang masuk ke dalam hutan bagi merakam sebuah dokumentari mengenai masyarakat suku asli yang masih mengamalkan kanibalisme. Pada mulanya, masyarakat peribumi tersebut bersetuju untuk dirakamkan, namun anak-anak muda tadi mula melampaui batas dengan merogol dan membakar penduduk kampung demi mendapatkan footage yang lebih menarik. Filem ini mencetus kontroversi kerana memaparkan elemen ganas dan seks yang keterlaluan. Orang asli dalam filem ini digambarkan tidak berpakaian dan bogel sepenuhnya. Kesannya, filem ini dilarang di kebanyakan negara terutama negara-negara timur termasuk Malaysia.

Seni Dari Tengkorak & Tulang Manusia Sebenar

Francois Robert tampil dengan seni yang agar luar biasa. Dia telah menggunakan tulang dan tengkorak manusia sebenar dalam hasil seninya bertujuan bagi mengingatkan orang ramai tentang kesan daripada keganasan. Tulang-tulang manusia merupakan simbol visual yang kuat dalam mewakili tinggalan manusia selepas berakhirnya sebuah kehidupan.


Gabungan Lukisan & Foto Yang Kreatif

Seorang artis Belgium, Ben Heine telah menggabungkan beberapa keping lukisan yang dilukisnya dengan beberapa keping gambar. Hasilnya tampak menarik, real dan unik. Konsep ini lebih kurang sama dengan  dua entries berkaitan yang bertajuk Kreatif-Padankan Wang Kertas Dengan Wajah Anda dan Terlebih Kreatif-Padankan Muka Dengan Majalah Pulak yang pernah saya kongsikan tidak lama dahulu.