Blogger WidgetsBlogger Widgets

12 June 2012

Kisah Kanak-Kanak 6 Tahun Yang Mengumpul $10000 Demi Bapanya

Kisah kanak-kanak ini begitu menyentuh perasaan. Drew Cox baru berusia 6 tahun namun dia begitu memahami situasi orang tuanya. Dia merupakan anak sulung dari tiga beradik.


Hukuman Buat Rakyat Rusia Yang Gemar Meletak Kereta di Tempat Yang Dilarang

Rusia memang terkenal dengan ketegasan dalam memberi pengajaran buat rakyatnya. Di Malaysia, sekiranya kita meletakkan kereta di tempat yang dilarang, kita biasanya akan didenda tidak sampai RM1000. Tapi di Rusia, jika rakyatnya meletak kereta sembarangan, kereta mereka akan menjadi mangsa lenyekkan kenderaan gergasi ini. Nampaknya pemilik kereta ini terpaksalah membeli kereta baru selepas ini dan pastinya mereka trauma meletak kereta di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, kan?


Kereta Ini Tidak Rosak Selepas Dihempap Kontena

Hyundai membuktikan produk keluarannya mempunyai kualiti yang sangat tinggi setelah sebuah kereta keluarannya, Elantra tidak mengalami kerosakan teruk selepas ditimpa sebuah kontena yang membawa muatan berat. Kejadian ini berlaku di salah sebuah jalan Di Busan, Korea Selatan.

Bersalin Di Usia 10 Tahun Satu Kebiasaan di Colombia

Mengandung dan melahirkan anak semuda usia 10 tahun mungkin kedengaran jangal bagi masyarakat kita namun sebaliknya bagi masyarakat Wayuu di Colombia. Ketika kanak-kanak lain sedang asyik bermain, anak-kanak perempuan suku Wayuu yang masih kecil sudah merasai sakitnya bersalin. Saat kanak-kanak lain leka bermain dengan anak patung, kanak-kanak Wayuu pula sudah mula memikul tanggungjawab mengasuh bayi mereka.


Koleksi Kereta Mewah Anak Saddam Hussein

Ferari F40 merupakan sebuah kereta mewah yang paling banyak dikehendaki oleh peminat kereta mewah di seluruh dunia termasuk anak sulung Saddam Hussein, Uday. Semasa era pemerintahan bapanya, Uday mampu mendapatkan pelbagai kereta mewah edisi terhad termasuk Ferrari F40 dengan mudah. Kereta mewah buatan Itali itu dibeli oleh Uday saat tercetusnya perang teluk yang pertama.

11 June 2012

Pil Daripada Mayat Bayi di Korea

Gila dan tidak berperikemanusiaan. Itulah ungkapan yang tepat bagi individu yang terlibat dengan sindiket membuat pil daripada bayi ini. Sebuah pejabat di Seoul, Korea Selatan telah diserbu oleh pasukan polis pada Mei lepas dan hasil serbuan yang dilakukan, terdapat ribuan pil yang dipercayai mengandungi serbuk daripada bayi manusia.

Tubuh Kanak-kanak Ini Perlahan-lahan Menjadi Batu

Ali Mckean merupakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dari Ohio yang sedang mengejar masa bagi mengubati penyakit aneh dan jarang berlaku yang dialaminya. McKean disahkan menghidap Fibrodysplasia ossificans progressiva (FOP), atau Stone Man Syndrome yang menyebabkan otot tubuh dan sendinya bersatu menjadi tulang padat serta mengakibatkan tubuh 'membatu' secara perlahan-lahan. Sindrom ini merupakan kelainan genetik yang dideritai satu dari dua juta orang. Tubuh pesakit akan mengeras secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mampu bergerak.


Lelaki Ini Makan Otak & Jantung Rakannya


Kanibalisme berlaku lagi di Amerika. Kali ini seorang mahasiswa telah disyaki membunuh dan memakan sebahagian tubuh rakannya.


Liu Jiangli Dibuang Keluarga Kerana Kelainan Pada Kulitnya


Liu Jiangli merupakan seorang gadis cilik keturunan Tionghoa yang disisih dan ditinggalkan oleh ahli keluarganya sendiri hanya kerana dia kelihatan berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Ketika berusia dua tahun, ibunya telah meninggalkannya di rumah bersama bapanya. Tetapi tidak lama kemudian si bapa turut sama mengikut jejak ibunya dengan meninggalkan Liu di sebuah sekolah.

Koleksi Beg Yang Kreatif & Lucu

Masyarakat barat lebih suka menggunakan beg daripada kertas berbanding dengan beg plastik. Satu situasi yang harus dicontohi oleh rakyat Malaysia kerana beg plastik lebih banyak keburukan daripada beg kertas. Mungkin beg-beg di bawah ini direka bagi menarik perhatian orang ramai sekaligus menggalakkan penggunaannya demi menyelamatkan alam sekitar. Apapun, beg di bawah ini memang kreatif dan lucu.