Situasi ini mendapat perhatian masyarakat dunia. Walaubagaimana pun, kerajaan Colombia tidak mampu berbuat apa-apa bagi menangani kes ini kerana mereka harus menghormati autonomi dan tradisi suku kaum peribumi tersebut.
Kes terbaru yang begitu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa berlaku pada tahun ini di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa pergi ke hospital dalam keadaan penuh kesakitan hendak bersalin. Ketika itu, kandungannya sudah mencapai usia 39 minggu. Apa yang lebih mengejutkan, kanak-kanak itu tidak pernah menjalani mana-mana pemeriksaan kandungan sebelum ini. Itulah pertama kali dia datang ke hospital sejak hamil.
Mengambil kira faktor usia kanak-kanak tersebut, doktor mengambil keputusan menjalankan pembedahan cesarean. Mujurlah bayi perempuan yang lahir dalam keadaan sihat. Kes tersebut menjadikan ibu muda itu sebagai ibu termuda di dunia. Identiti bapa kepada bayi perempuannya masih tidak jelas namun terdapat ura-ura yang mengatakan bapa bayi itu adalah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...