Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 May 2012

Cara Jurugambar Mengambil Foto Haiwan

Bagi yang sukakan haiwan dan ada melanggan saluran Animal Planet, pasti anda pernah terfikir bagaimana agaknya sesuatu video atau gambar yang menceritakan kehidupan sebenar binatang liar di hutan dapat dirakam untuk tatapan umum. Di bawah saya sertakan cara-cara jurugambar profesional mengambil gambar dan merakam aksi-aksi haiwan liar. Sungguh mengkagumkan kerana ternyata kerjaya seorang jurugambar sangat mencabar dan berbahaya.

Bila Baby Pandai Menyelam..Comel..

Saya tertarik dan kagum melihat foto anak kepada angkasawan negara kita yang ternyata sudah pandai menyelam walaupun di usia yang  masih kecil.  Jadi di sini saya kongsikan foto-foto beberapa orang bayi ketika  mereka menyelam di kolam renang. Memang comel dan menakjubkan, like a little angel..



Koleksi Foto Yang Lucu

Sekeping foto membawa makna yang tersirat. Jom layan foto-foto yang membuat anda tersenyum untuk menceriakan hari anda..


Koleksi Sandal Yang Terlebih Kreatif

Sandal, kasut tumit tinggi dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Setiap kali keluar ke pusat membeli belah pastinya akan singgah di kedai-kedai kasut. Kalau bajet tidak mencukupi, memadailah dengan cuci mata dan belek-belek sahaja. Harga bukan menjadi persoalan andai sudah tertarik dengan rekabentuk kasut yang menarik dan selesa. Jom kita tengok koleksi sandal dan kasut tumit tinggi yang unik dan terlebih kreatif..


Superhero Yang Fail

Watak-watak adiwira yang terkenal seperti Spiderman, Iron Man, Captain America, Bumble Bee, Optimus Prime, Superman dan lain-lain begitu diminati oleh masyarakat di seluruh dunia dari kanak-kanak sehingga ke dewasa. Tidak hairan juga ada golongan yang terlalu meminati dan taksub dengan adiwira kesayangan mereka sehingga ada yang meniru gaya dan memakai kostum adiwira kegemaran masing-masing walaupun
nampak agak pelik dan fail...

Batman & Robin..?

Papan Luncur Yang Lain Dari Yang Lain

Papan luncur selalu digunakan di kawasan pantai berombak kuat dan tinggi. Sukan ini begitu popular di barat sehingga diminati ramai dan tidak hairanlah peluncur yang bermain sukan ini bukan sahaja terdiri daripada orang dewasa, malah kanak-kanak dan anjing. Jangan terkejut pula kerana pertandingan meluncur bagi kategori anjing pernah diadakan pada tahu 2009 dan anjing yang menjuarai pertandingan itu memenangi $10000. Lumrah manusia, banyak ragam. Lain orang, lain cara bermain papan luncur.

Meluncur dengan menggunakan tangga

Patung Yang Terlebih Kreatif

Umumnya, patung atau tugu didirikan untuk memperingati peristiwa-peristiwa yang penting, bersejarah dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada rakyat di sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, tugu negara dibina sempena memperingati perjuangan askar tempatan yang gugur di medan perang dahuulu. Namun,   patung-patung di bawah ini yang dibina oleh insan-insan yang terlebih kreatif ini agak pelik dan sukar untuk ditafsir atau difahami maksud tersirat oleh insan biasa seperti saya. Mungkin juga kerana saya tidak pandai menilai seni..Entahlah...

Patung Badak Potsdam, Jerman




Nama Bandar Yang Pelik

Kebanyakan nama jalan,bandar mahupun taman perumahan di Malaysia diambil sempena nama tokoh-tokoh yang berjasa pada negara seperti Taman Tun Dr Ismail, Jalan P. Ramlee, Taman Ungku Tun Aminah dan sebagainya. Tapi tahukah anda bahawa terdapat bandar di barat yang aneh, pelik dan boleh juga dikatakan tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. Mungkin datuk bandar yang membuka bandar ini tiada idea lain yang lebih elok untuk menamakan bandar tersebut. Entahlah...

Fucking, Austria

Koleksi Skaf Yang Terlebih Kreatif

Kebisaannya skaf dipakai semasa musim sejuk. Kalau di Malaysia, skaf selalu dipakai semasa melawat tempat-tempat sejuk seperti Kundasang, Bukit Fraser atau Cameron Highlands. Skaf direka dalam  berbagai variasi warna dan bentuk. Tapi skaf-skaf di bawah ini mungkin agak keterlaluan dari segi reka bentuknya sehingga nampak sedikit aneh dan lucu.


Skaf Payudara

Tempat-tempat Terpencil Di Dunia


Tempat-tempat di bawah digelar tempat terpencil kerana memiliki populasi penduduk yang sedikit. Ada tempat yang terasing dari dunia moden dan ada juga tempat yang hanya dihuni oleh para penkaji, jurutera dan pelombong.

 1. Tristan da Cunha


Terletak di antara Laut Atlantik , Tristan de Cunha adalah tempat yang paling terpencil di dunia. Pulau ini hanya memiliki 271 orang penduduk.