Blogger WidgetsBlogger Widgets

20 June 2012

Kisah Menyentuh Hati Seorang Ibu Berusia 104 Tahun Yang Menjaga Anaknya Yang Menderita Dementia

Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan yang paling tepat menggambarkan kasih sayang seorang ibu berusia 104 tahun, Rosario Schielzeth terhadap anak perempuannya, Maria Garcia, 84 tahun. Maria Garcia yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat menghidap penyakit Dementia yang menyebabkannya hilang ingatan dan pelupa.



Agak sukar membayangkan bagaimana ibu berusia lebih dari seabad itu menjaga anaknya. Mujurlah wanita tabah tersebut masih sihat jika dibandingkan dengan warga emas lain yang seusia dengannya. Walaupun memerlukan alat bantuan untuk berjalan dan pernah menjalani pembedahan katarak sebelum ini, wanita tua itu tidak pernah mengeluh dalam menjaga anaknya.


Menurut Rosario, Maria sentiasa bertanya soalan "Di mana ibu?" setiap kali bangun dari tidur walaupun sebenarnya Rosario sentiasa berada di sisi anaknya dan mereka tidak pernah berjauhan. Bagi menajamkan ingatan Maria, Schielzeth selalu mengajak anaknya berbual mengenai kisah kehidupan mereka dan sering kali mengingatkan anaknya tentang banyak perkara.


"Nenek saya benar-benar luar biasa dan penyabar. Tidak pernah sekali pun nenek mengeluh atau bermasam muka dalam menghadapi kerenah ibu,"ujar Albert Garcia, anak Maria.

Albert dan abangnya, James Garcia telah mempunyai keluarga sendiri dan tinggal berasingan dengan ibu mereka. Menurut Albert, ibunya kerap kali bertanya soalan yang sama sehingga mereka kehabisan cara menghadapi kerenah ibu. Hanya neneknya sahaja yang boleh sabar dan bertahan dengan Maria.




No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...