Foto mengerikan seorang wanita yang terbaring di sebelah mayat bayinya telah menimbulkan kemarahan masyarakat China. Feng Jianmei mendakwa dia telah dipaksa menggugurkan kandungannya yang telah memasuki usia 7 bulan hanya kerana dia telah pun mempunyai seorang anak sebelum ini.
15 June 2012
Wanita Hamil 7 Bulan Dipaksa Menggugurkan Kandungan
Foto mengerikan seorang wanita yang terbaring di sebelah mayat bayinya telah menimbulkan kemarahan masyarakat China. Feng Jianmei mendakwa dia telah dipaksa menggugurkan kandungannya yang telah memasuki usia 7 bulan hanya kerana dia telah pun mempunyai seorang anak sebelum ini.
Labels:
Cerita Dunia
5 Lagu Paling Kontroversi Dalam Sejarah
Setiap penulis lirik diberi kebebasan dalam mencipta lagu mereka. Setiap lagu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Mungkin kebebasan tersebut mungkin telah disalah guna sehingga menyebabkan segenlintir penulis lirik menulis lagu yang mempunyai unsur-unsur yang keterlaluan sehingga sehingga ada yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. Berikut merupakn 5 lagu kontroversi yang hangat diperkatakan sepanjang zaman.
1. Cop Killer- Body Count
Cop Killer merupakan sebuah lagu nyanyian Body Count dari album "Body Count" yang dipasarkan pada 1992. Lagu tersebut menceritakan tentang individu yang marah dan bosan dengan kekasaran polis dan mahu membuat undang-undang sendiri dengan membunuh polis. Lagu ini mendapat kritikan hebat dari individu berpengaruh seperti Goerge Bush, Tipper Gore dan ahli politik yang lain.
1. Cop Killer- Body Count
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Kini Tatoo Juga Boleh Diukir Di Jantung
Mengukir nama pasangan di badan bukanlah perkara asing kerana kita biasa dengar orang lain melakukan perkara tersebut. Namun, mengukir tatoo pada jantung mungkin merupakan perkara yang jangal dan pelik serta memerlukan keberanian yang tinggi. Sebenarnya servis ini memang ada buat individu yang ingin mengukir nama pasangan pada jantung sebagai bukti cinta mereka.
Labels:
Dunia Aneh,
Dunia Yang Terlebih Kreatif
5 Filem Kontroversi Yang Paling Banyak Diharamkan Oleh Pelbagai Negara
Filem merupakan sebuah bentuk hiburan yang digemari ramai. Pelbagai filem dengan genre yang berbeza dihasilkan saban tahun. Namun sesetengah filem memaparkan beberapa adegan yang kurang menyenangkan penonton sehingga menyebabkan tayangannya dilarang di beberapa buah negara. Bagi sesetengah negara pula, filem-filem ini masih boleh ditayangkan namun had umur yang ketat dikenakan kepada penontonnya.
1. Cannibal Holocaust
Filem ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang masuk ke dalam hutan bagi merakam sebuah dokumentari mengenai masyarakat suku asli yang masih mengamalkan kanibalisme. Pada mulanya, masyarakat peribumi tersebut bersetuju untuk dirakamkan, namun anak-anak muda tadi mula melampaui batas dengan merogol dan membakar penduduk kampung demi mendapatkan footage yang lebih menarik. Filem ini mencetus kontroversi kerana memaparkan elemen ganas dan seks yang keterlaluan. Orang asli dalam filem ini digambarkan tidak berpakaian dan bogel sepenuhnya. Kesannya, filem ini dilarang di kebanyakan negara terutama negara-negara timur termasuk Malaysia.
1. Cannibal Holocaust
Seni Dari Tengkorak & Tulang Manusia Sebenar
Francois Robert tampil dengan seni yang agar luar biasa. Dia telah menggunakan tulang dan tengkorak manusia sebenar dalam hasil seninya bertujuan bagi mengingatkan orang ramai tentang kesan daripada keganasan. Tulang-tulang manusia merupakan simbol visual yang kuat dalam mewakili tinggalan manusia selepas berakhirnya sebuah kehidupan.
Gabungan Lukisan & Foto Yang Kreatif
Seorang artis Belgium, Ben Heine telah menggabungkan beberapa keping lukisan yang dilukisnya dengan beberapa keping gambar. Hasilnya tampak menarik, real dan unik. Konsep ini lebih kurang sama dengan dua entries berkaitan yang bertajuk Kreatif-Padankan Wang Kertas Dengan Wajah Anda dan Terlebih Kreatif-Padankan Muka Dengan Majalah Pulak yang pernah saya kongsikan tidak lama dahulu.
Labels:
Dunia Yang Unik
Alat Tulis Yang Menyeramkan
Sempena mempromosikan saluran televisyen Jerman yang popular, 13th Street, Jacques Pense menghasilkan koleksi alat tulis seperti sampul surat, sampul cd, kad, surat dan invoice yang mempunyai gambar yang menyeramkan. Alat tulis ini dipasarkan di bawah label Jung Von Matt, sebuah syarikat pengiklanan Jerman.
Bila Makanan & Fesyen Digabungkan
Pada tahun 2009, Lady Gaga pernah muncul dengan pakaian yang diperbuat daripada daging. Ingatkan Lady Gaga sahaja yang pelik dalam berfesyen. Namun Ted Sabarese juga ternyata mempunyai selera berfesyen yang sama. Beliau telah menghasilkan beberapa foto yang memperlihatkan model-model memakai pakaian yang diperbuat daripada makanan seperti sayur-sayuran, daging, roti dan keju. Setiap pakaian mengambil masa kira-kira satu jam untuk dimasak dan digabungkan sehingga membentuk baju, skirt, dress mahupun seluar. Terfikir pula, selesakah individu yang memakai pakaian tersebut ye..?
Sekolah Hijau di Bali
John dan Cynthia Hardy membina sebuah sekolah yang mengamalkan konsep eco-friendly. Sekolah tersebut terletak di Bali. Di sini, para pelajar dapat belajar dalam suasana yang cantik, hijau dan tenang. Sekolah tersebut dibina dengan menggunakan kayu buluh. Ia menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kelas, gim, bangunan fakulti, pejabat dan kafe.
Labels:
Dunia Yang Unik
Foto Mata Manusia Yang Begitu Menakjubkan
Sungguh indah ciptaan Tuhan. Kita melihat pelbagai warna mata setiap hari. Namun kita mungkin belum pernah melihat keindahan di sebalik mata manusia. Siri foto menarik dari Suren Manvelyan ini memang menampakkan 'rupa' sebenar mata manusia. Ia merupakan foto mata yang telah di-"close-up"-kan.
"Kita melihat beratus-ratus pasang mata setiap hati, namun kita tidak pernah menyangka mata kita sebenarnya memiliki permukaan yang sangat menakjubkan, umpama permukaan planet asing," ujar Manvelyan.
"Kita melihat beratus-ratus pasang mata setiap hati, namun kita tidak pernah menyangka mata kita sebenarnya memiliki permukaan yang sangat menakjubkan, umpama permukaan planet asing," ujar Manvelyan.
Labels:
Dunia Yang Unik
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)


