Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 May 2012

Tangki Air Yang Kreatif

Setiap bandar di Malaysia mempunyai tangki air. Biasanya tangki air di negara kita berbentuk bulat dan berwarna putih dan biru. Kemudian terdapat nama syarikat yang menguruskan air tersebut. Di barat, tangki air direka dengan pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk buah, botol, cawan dan berbagai lagi. Jom kita layan foto pelbagai variasi tangki air.


Foto-foto Penyamaran Haiwan Yang Menakjubkan

Memang indah dan unik ciptaan Tuhan. Gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar profesional ketika haiwan sedang melakukan penyamaran memang sangat menarik. Sesetengah haiwan melakukan penyamaran bertujuan untuk melindungi diri daripada pemangsa. Bukan mudah untuk mengambil gambar-gambar tersebut namun hasilnya memang cantik.


Peti Surat Yang Kreatif

Di Malaysia, kita hanya nampak dan biasa dengan peti surat yang berwarna merah sahaja. Tapi di negara lain, peti surat mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang jarang dapat dilihat terutama peti surat berbentuk tulang kerangka manusia sedang menaiki motosikal. Mesti takut nak letak surat di situ pada waktu malam.



Sama Tapi Tak Serupa..

Terdapat beberapa buah negara yang memang terkeal dengan barang-barang tiruan. Ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan di atas jenama antarabangsa yang terkenal dengan kualiti bermutu tinggi, lantas meniru bulat-bulat logo dan mengubah sedikit nama barang yang dijual dengan harga dan kualiti yang jauh lebih murah. Hasilnya, keluarlah jenama tiruan yang agak aneh dan lucu namanya.


Lipatan Pakaian Yang Unik

Melipat pakaian merupakan suatu perkara rutin dan hanya memerlukan teknik yang simple dan mudah. Semua orang pun tahu melipat pakaian. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu melipat pakaian sehingga pakaian menjadi seakan-akan wajah. Jom kita layan foto-foto pakaian yang dilipat dengan kreatif; yang menyerupai bentuk wajah.



Kek Unik Watak Animasi

Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil yang akan menyambut hari lahir tidak lama lagi, foto-foto kek di bawah mungkin boleh membantu anda sekiranya anda mahukan kek istimewa yang unik. Kek-kek ini direka mengikut watak-watak animasi dari permainan komputer seperti Angry Bird dan Plants vs Zombies. Pun begitu, ada juga kek yang mendapat ilham dari watak kartun seperti Ninja Turtle dan Harry Potter. Semuanya terpulang pada minat si empunya majlis. Sungguh unik dan comel ..

Kek Angry Birds




Awan Yang Unik

Bayangkan, apabila kita mendongak ke langit yang cerah di siang hari, kita perasan yang bentuk awan menyerupai sesuatu. Fenomena awan yang menyerupai sesuatu bentuk ini agak jarang berlaku. Namun, dengan adanya teknologi canggih zaman sekarang, individu yang dapat menyaksikan fenomena itu dengan mata sendiri telah merakam detik-detik itu dan sudi berkongsi dengan orang lain di seluruh dunia. Mari kita layan beberapa keping gambar awan yang menakjubkan ini.

Lampu Ajaib Aladin

Ibu Bapa Yang Fail

Anak adalah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Menjadi tanggungjawab ibubapa dalam mendidik dan mencorak masa depan anak-anak. Namun bagaimana nasib anak-anak yang mempunyai ibubapa yang gagal menjadi contoh yang baik buat anak. Jom kita lihat foto-foto ibubapa yang fail dalam menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak dari mereka kecil lagi. Kasihan melihat anak-anak kecil diperlakukan seperti itu.


Seandainya Filem Box-Office Dibintangi Haiwan..




Kalaulah filem-filem box office mengambil haiwan-haiwan sebagai hero an heroin, maka poster filem akan bertukar menjadi seperti gambar-gambar di bawah..


Stail Rambut Yang Terlebih Kreatif

Kalau terlampau kreatif, memang akan nampak pelik dan lucu. Berikut merupukan stail rambut yang pelik akibat idea pendandan rambut yang terlebih kreatif.