29 August 2012
Foto Kanak-kanak Yang Hidup Dalam Kemiskinan
Dalam sebuah negara membangun, kehidupan golongan miskin di negara kita mungkin tidak seteruk masyarakat di negara miskin seperti Afrika dan India. Sekurang-kurangnya rakyat yang lebih berkemampuan dan kerajaan negeri masih ada untuk memberi sumbangan buat rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan. Namun di negara-negara mundur, golongan miskin tegar yang ramai terpaksa bersaing sesama sendiri sekiranya bantuan kemanusiaan dari negara lain tiba. Kelaparan merupakan perkara biasa bagi golongan ini. Lebih teruk, mereka juga diancam kebuluran. Berikut merupakan foto-foto kanak-kanak miskin dari pelbagai negara. Moralnya, kita perlu bersyukur kerana kita tidak perlu menjalani kehidupan seperti mereka di bumi bertuah ini.
Labels:
Cerita Dunia
28 August 2012
Didikan Ekstrim Seorang Bapa Dari China
He Liesheng merupakan seorang bapa beranak satu dari China yang pernah mencetus kontroversi beberapa tahun lalu di mana dia mengarahkan anak lelakinya berlari dan melakukan push up dengan hanya memakai seluar dalam ketika musim sejuk. Saat itu, anak He yang mesra dipanggil Duodo baru berusia 3 tahun. Didikan tegas terhadap anaknya menjadi bualan hangat masyarakat global kerana dilihat terlalu ekstrim dan boleh dikategorikan kejam.
Labels:
Cerita Dunia
Foto X-Ray Objek Aneh Tertinggal Dalam Organ Intim
Apabila diri telah dikuasai nafsu, manusia gagal membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kadang kala manusia tidak memikirkan kesan daripada tindakan bodoh mereka. Berikut merupakan foto hasil dari x-ray yang diambil ketika pesakit mendapatkan rawatan di hospital setelah gagal mengeluarkan alat-alat tertentu dari organ intim mereka.
Labels:
Dunia Aneh
Haiwan Peliharaan Yang Jarang Dipelihara
Manusia secara semulajadi mempunyai naluri sayangkan haiwan. Kucing, anjing dan ikan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang popular. Namun tahukah anda, ada segelintir individu menjadikan haiwan-haiwan liar seperti harimau, ular dan khinzir sebagai haiwan peliharaan kesayangan mereka. Menariknya, pemilik haiwan-haiwan ini tidak gentar memelihara haiwan kesayangan mereka di dalam rumah mereka sendiri.
1. Susie & Colin Webb
Pasangan Webb telah membeli seekor anak khinzir melalui internet kira-kira 19 bulan yang lalu. Anak khinzir itu telah diberi nama Babe. Kini, Babe memiliki saiz yang agar besar dengan berat 158.7 kg.
1. Susie & Colin Webb
Pasangan Webb telah membeli seekor anak khinzir melalui internet kira-kira 19 bulan yang lalu. Anak khinzir itu telah diberi nama Babe. Kini, Babe memiliki saiz yang agar besar dengan berat 158.7 kg.
Labels:
Dunia Aneh
Kanak-kanak Ini Seberat 63.5 kg Di Usia 3 Tahun
Ternyata masalah obesiti tidak hanya berlaku di zaman moden ini. Obesiti telah mula menghantui masyarakat dunia sejak dari zaman dahulu lagi. Hal ini dibuktikan melalui sebuah rakaman video dari tahun 1930an yang telah dimuatnaik dalam laman Youtube.
Labels:
Cerita Dunia
Foto Luarbiasa Dunia Pedalaman
Timothy Allen telah mengembara di setiap pelosok dunia dan meredah gunung serta hutan bagi menyaksikan sendiri kehidupan sebenar suku asli di benua Asia dan Afrika. Beliau turut merakam foto-foto menarik sepanjang pengembaraann beliau. Walau jauh dari bandar dan dunia berteknologi tinggi, namun dunia pedalaman yang dihuni oleh suku asli ternyata mempunyai keindahan dan keunikan yang tersendiri.
Labels:
Dunia Yang Unik
Pengemis Yang Terlebih Kreatif
Golongan pengemis wujud hampir di setiap negara di dunia. Di Malaysia, kita biasanya melihat golongan ini di pasar malam atau di tempat-tempat yang menjadi tarikan orang ramai dan pelancong asing. Tatkala melihat golongan ini duduk di jalanan dengan pakaian yang lusuh, pastinya hati akan tersentuh dan terdetik untuk membantu mereka walaupun dengan meghulurkan wang yang tidak seberapa.
Namun di luar negara, terutamanya di negara maju seperti Amerika Syarikat, golongan pengemis terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan perhatian dan simpati orang ramai. Lantas segelintir daripada mereka tampil dengan kostum dan mesej yang unik dan ada juga yang tidak masuk akal. Mujurlah di Malaysia masih belum ada situasi seperti ini.
Labels:
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Luytla-duymun, Pulau Berawan
Pernahkah anda membayangkan sebuah pulau kecil yang dilitupi oleh awan tebal? Fenomena unik dan jarang berlaku ini hanya dapat dilihat sekiranya anda mengunjungi Pulau Luytla-Duymun. Pulau Luytla-Duymun merupakan pulau terkecil daripada 18 buah pulau yang terletak di antara negara Scotland dan Iceland. Pulau ini hanya seluas 0.8km persegi dan tidak berpenghuni.
Labels:
Dunia Yang Unik
20 July 2012
Liang Xiaoxiao, Gadis Terkecil Di Dunia
Sekali pandang, Liang Xiaoxiao kelihatan seperti kanak-kanak berusia setahun, namun realitinya, gadis kecil kelahiran China ini sudah menjangkau usia 3 tahun. Liang lahir dengan berat 1.05 kg dan setinggi 33cm. Kini, berat gadis kecil itu hanya bertambah sebanyak 1kg sahaja dan tingginya pula ialah 54cm.
Labels:
Cerita Dunia
Rumah Unik-Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Di Malaysia
Sekali imbas, rumah pasangan Mappangara,45 dan Hasidah,37 kelihatan seperti rumah etnik Bugis yang biasa sahaja. Namun, sebenarnya rumah ini boleh dikatakan unik kerana ia dibina betul-betul di sempadan Malaysia-Indonesia di Pulau Sebatik. Ruang tamu rumah pasangan ini berada di kawasan Indonesia manakala dapur rumah mereka terletak di kawasan Malaysia. Mungkin rumah ini merupakan satu-satunya rumah yang terletak di dua negara berbeza. Unik..
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Unik
Subscribe to:
Posts (Atom)









