Namun di luar negara, terutamanya di negara maju seperti Amerika Syarikat, golongan pengemis terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan perhatian dan simpati orang ramai. Lantas segelintir daripada mereka tampil dengan kostum dan mesej yang unik dan ada juga yang tidak masuk akal. Mujurlah di Malaysia masih belum ada situasi seperti ini.
28 August 2012
Pengemis Yang Terlebih Kreatif
Golongan pengemis wujud hampir di setiap negara di dunia. Di Malaysia, kita biasanya melihat golongan ini di pasar malam atau di tempat-tempat yang menjadi tarikan orang ramai dan pelancong asing. Tatkala melihat golongan ini duduk di jalanan dengan pakaian yang lusuh, pastinya hati akan tersentuh dan terdetik untuk membantu mereka walaupun dengan meghulurkan wang yang tidak seberapa.
Labels:
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Luytla-duymun, Pulau Berawan
Pernahkah anda membayangkan sebuah pulau kecil yang dilitupi oleh awan tebal? Fenomena unik dan jarang berlaku ini hanya dapat dilihat sekiranya anda mengunjungi Pulau Luytla-Duymun. Pulau Luytla-Duymun merupakan pulau terkecil daripada 18 buah pulau yang terletak di antara negara Scotland dan Iceland. Pulau ini hanya seluas 0.8km persegi dan tidak berpenghuni.
Labels:
Dunia Yang Unik
20 July 2012
Liang Xiaoxiao, Gadis Terkecil Di Dunia
Sekali pandang, Liang Xiaoxiao kelihatan seperti kanak-kanak berusia setahun, namun realitinya, gadis kecil kelahiran China ini sudah menjangkau usia 3 tahun. Liang lahir dengan berat 1.05 kg dan setinggi 33cm. Kini, berat gadis kecil itu hanya bertambah sebanyak 1kg sahaja dan tingginya pula ialah 54cm.
Labels:
Cerita Dunia
Rumah Unik-Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Di Malaysia
Sekali imbas, rumah pasangan Mappangara,45 dan Hasidah,37 kelihatan seperti rumah etnik Bugis yang biasa sahaja. Namun, sebenarnya rumah ini boleh dikatakan unik kerana ia dibina betul-betul di sempadan Malaysia-Indonesia di Pulau Sebatik. Ruang tamu rumah pasangan ini berada di kawasan Indonesia manakala dapur rumah mereka terletak di kawasan Malaysia. Mungkin rumah ini merupakan satu-satunya rumah yang terletak di dua negara berbeza. Unik..
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Unik
17 July 2012
Lelaki Ini Menanam 6000 Pokok Oak Berbentuk Hati Sempena Mengenang Mendiang Isterinya
Benarlah manusia sanggup melalukan apa sahaja demi insan yang dicintainya. Winston dan Janet Howes telah berkongsi hidup selama 33 tahun namun malangnya, Janet Howes telah meninggalkan suaminya 17 tahun yang lalu. Setelah isterinya meninggal dunia, Winston mendapat ilham untuk mengabadikan kisah cinta mereka dan mengenang pemergiannya isterinya.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Unik
15 July 2012
29 Orang Ditahan Kerana Disyaki Makan Otak Dan Alat Kelamin Dukun
Papua New Guinea digemparkan dengan kes kanibalisme akhir-akhir ini. Seramai 29 orang suku asli negara tersebut ditahan pihak berkuasa kerana disyaki membunuh dan memakan otak serta alat kelamin 7 orang dukun.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
13 July 2012
Lelaki Afghan Ditemui Mati Di Kandang Harimau, Kemungkinan Dibaham Hidup-Hidup
Seorang lelaki ditemui mati dalam kandang harimau Zoo Copenhagen, Denmark selepas mangsa menceroboh kandang harimau tersebut. Mangsa dikenalpasti sebagai lelaki keturunan Afghan berusia 20 tahun yang menetap di Copenhagen bersama keluarganya.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
Foto-foto Yang Mengandungi Mesej Bermakna
Sekeping foto mampu menceritakan sebuah kisah penuh bermakna dan menyampaikan mesej tertentu. Foto-foto di bawah ini diambil oleh jurugambar berpengalaman dan di sebalik foto ini, terkandung mesej yang amat mendalam. Sesetengahnya menyedarkan kita tentang makna sebuah kehidupan.
![]() |
| Impian Yang Hilang |
Labels:
Dunia Yang Unik
Foto Pertama Yang Dimuatnaik Ke Internet
Berjuta-juta gambar telah dimuatnaik ke alam maya setelah internet mula diperkenalkan 20 tahun yang lalu. Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan gambar pertama yang telah dimuatnaik ke internet. Mungkin gambar ini kelihatan tidak menarik seperti gambar-gambar lain yang ada sekarang, namun gambar ini mencatat sejarah dalam dunia internet.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Yang Unik
12 July 2012
Gadis Ini Memanjat Tiang Eletrik Setinggi 40 Kaki Akibat Pengaruh Dadah
Seorang gadis berusia 21 tahun memanjat tiang elektrik setinggi 40 kaki kerana menyangka bahawa tiang eletrik tersebut adalah sebuah jambatan.Kejadian itu berlaku di daerah Zin, Republik Czech. Gadis itu dikatakan mengalami halusinasi selepas mengambil dadah.
Labels:
Cerita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)









