Kanibalisme berlaku lagi di Amerika. Kali ini seorang mahasiswa telah disyaki membunuh dan memakan sebahagian tubuh rakannya.
11 June 2012
Lelaki Ini Makan Otak & Jantung Rakannya
Kanibalisme berlaku lagi di Amerika. Kali ini seorang mahasiswa telah disyaki membunuh dan memakan sebahagian tubuh rakannya.
Labels:
Cerita Dunia
Liu Jiangli Dibuang Keluarga Kerana Kelainan Pada Kulitnya
Liu Jiangli merupakan seorang gadis cilik keturunan Tionghoa yang disisih dan ditinggalkan oleh ahli keluarganya sendiri hanya kerana dia kelihatan berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Ketika berusia dua tahun, ibunya telah meninggalkannya di rumah bersama bapanya. Tetapi tidak lama kemudian si bapa turut sama mengikut jejak ibunya dengan meninggalkan Liu di sebuah sekolah.
Labels:
Cerita Dunia
Koleksi Beg Yang Kreatif & Lucu
Masyarakat barat lebih suka menggunakan beg daripada kertas berbanding dengan beg plastik. Satu situasi yang harus dicontohi oleh rakyat Malaysia kerana beg plastik lebih banyak keburukan daripada beg kertas. Mungkin beg-beg di bawah ini direka bagi menarik perhatian orang ramai sekaligus menggalakkan penggunaannya demi menyelamatkan alam sekitar. Apapun, beg di bawah ini memang kreatif dan lucu.
Siang Pensyarah, Malam Pelacur
Seorang professor di University of Georgia ditahan atas kesalahan menawarkan layanan seks kepada seorang anggota penyiasat yang menyamar. Dia ditangkap di sebuah bilik hotel dalam keadaan berpakaian wanita dan mengaku bernama Sasha.
Labels:
Cerita Dunia
5 Misteri Fenomena Lautan
Lautan luas yang membiru kelihatan indah dan mengagumkan jika dilihat dari pantai. Ramai manusia yang begitu terpesona dengan keindahan lautan yang kelihatan bagaikan tiada penghujungnya. Orang zaman dahulu begitu takut membelah lautan namun kini, manusia sudah pandai dan berani menguasai dan menerokai lautan luas. Begitu pun, laut juga menyimpan misterinya yang tersendiri sehingga menyebabkan saintis moden hari ini masih sukar untuk mengungkap misteri beberapa fenomena yang berlaku.
Segitiga Bermuda merupakan antara tempat yang paling misteri dan fenomenanya membingungkan para saintis. Tempat ini mula terkenal selepas berlakunya kes kehilangan kapal perang yang membawa lima pengebom torpedo Angkatan Laut pada 5 Disember 1945. Sehingga kini, tiada sebarang penemuan mayat mangsa mahupun bangkai kapal direkodkan. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya 50 kes kehilangan kapal, bot kecil dan kapal terbang di kawasan Segitiga Bermuda. Terdapat pelbagai teori mengenai kes kehilangan kapal di perairan tersebut. Antaranya ialah teori pseudosains, paranormal, UFO dan gelembung gas methane yang naik ke permukaan laut.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
Pelik-Doktor Temui Ikan Hidup Dalam Paru-Paru Seorang Kanak-Kanak
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Madya Pradesh, India telah dikejarkan ke hospital selepas mendakwa mengalamani sesak nafas akibat tertelan seekor ikan hidup. Mangsa, Anil Barela terpaksa melakukan imbasan x-ray sebaik tiba di hospital dan alangkah terperanjatnya para doktor apabila mendapati ikan tersebut terperangkap di dalam paru-paru kanak-kanak malang tersebut.
Labels:
Cerita Dunia,
Dunia Aneh
10 June 2012
Kisah Kanak-kanak Di Sungai Brazil Yang Sanggup Mempertaruhkan Nyawa Demi Duit
Di sepanjang Sungai Tajaparu di Amazonia, utara Brazil kelihatan beberapa orang kanak-kanak sekecil usia 6 tahun duduk di dalam perahu masing-masing sambil menunggu ketibaan feri dan kapal yang membawa pelancong. Di dalam perahu mereka terdapat barang-barang jualan seperti madu, kraf tangan dan buah-buahan hasil hutan yang lain.
Labels:
Cerita Dunia
5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia
Pencemaran menjadi topik hangat setiap tahun berikutan kadar pencemaran yang kian meningkat. Sungai, udara mahupun tanah seakan-akan sudah 'mati' akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri. Berikut merupakan 5 tempat tercemar di dunia.
1. Sungai Citarum, Indonesia
Sungai ini merupakan sungai yang paling tercemar di dunia. Walaubagaimanapun, kira-kira 5 juta orang membina penempatan di sepanjang sungai ini dan kebanyakan mereka masih bergantung pada sungai ini bagi memenuhi keperluan asas mereka.
1. Sungai Citarum, Indonesia
Sungai ini merupakan sungai yang paling tercemar di dunia. Walaubagaimanapun, kira-kira 5 juta orang membina penempatan di sepanjang sungai ini dan kebanyakan mereka masih bergantung pada sungai ini bagi memenuhi keperluan asas mereka.
Labels:
Cerita Dunia
Foto Fail Gara-Gara Orang Di Belakang
Kita suka mengambil gambar jika pergi ke sesuatu tempat bagi merakam moment indah dalam hidup kita. Tapi pastinya menyakitkan kalau ada pula insan yang tidak diundang turut 'terperangkap' dalam gambar kita sekaligus merosakkan gambar yang sepatutnya menjadi kenangan yang bermakna. Kesian dengan mereka-mereka yang berada dalam gambar-gambar ini.
Labels:
Dunia Yang Lucu
Fungsi Laptop Yang Tidak Kita Ketahui
Individu-individu di dalam gambar-gambar ini membuktikan bahawa laptop mempunyai banyak fungsi selain daripada untuk menaip, mendengar lagu dan bermain game. Jom kita lihat idea-idea terlebih kreatif mereka yang begitu pandai 'memanfaatkan' laptop.
Subscribe to:
Posts (Atom)


6.jpg)






