1. The Order of Nine Angels (ONA)
ONA merupakan sebuah organisasi Satanist rahsia yang ditubuhkan di United Kingdom dan mula mendapat perhatian umum sekitar tahun 1980an dan 1990an. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada 1960an dengan penggabungan tiga kuil neopagan yang dipanggil Camlad, The Noctulians dan Temple of the Sun. Misi utama kumpulan ini ialah New World Order. Pada tahun 2011, dipercayai bahawa organisasi ini berpusat di California dan di bawah naungan seorang pewaris yang merupakan wanita muda keturunan Thailand. ONA mengamalkan korban manusia sebagai cara untuk menghilangkan kelemahan. Motif utama kumpulan ini adalah untuk membentuk individu baru melalui pengalaman, latihan dan pembinaan personaliti serta kebolehan memimpin.









