1. Where is x?
05 June 2012
10 Jawapan Peperiksaan Yang Terlebih Kreatif
Semua orang pastinya pernah menduduki peperiksaan. Dan ramai yang benci pada peperiksaan kerana soalan-soalan yang keluar nanti pastinya sangat susah dan mahu pecah kepala dibuatnya. Apabila menjawab soalan yang terlampau susah ini, ada juga yang sudah mula berputus asa dan hasilnya; jawapan yang pelik, mudah, simple dan lawak. Jom kita layan 10 jawapan kepada soalan peperiksaan yang lawak.
1. Where is x?
1. Where is x?
Penindasan Wanita Yang Masih Berlaku Sehingga Kini
Topik ini sangat jarang dibincangkan di media. Mungkin kerana topik ini tidaklah sehangat politik, gosip artis dan turun naik harga barang mahupun minyak. Penindasan terhadap wanita sebenarnya berlaku sejak zaman dahulu lagi. Tapi seiring dengan kemajuan peradaban manusia, wanita kini diberi hak untuk dilindungi. Namun kes penindasan masih juga berlaku terutama di negara-negara miskin seperti India dan Afrika. Kebanyakannya berpunca dari adat dan kepercayaan lampau yang masih diamalkan sehingga kini. Berikut merupakan kekejaman yang masih berlaku pada wanita pada alat ke-21.
1. Penculikan pengantin wanita
Kes ini sering berlaku di Kyrgyzstan dan Turkmenistan. Di Kyrgyzstan, seorang lelaki yang ingin berkahwin bebas memilih gadis mana yang mahu dijadikan isteri. Kemudian, pengantin lelaki bersama saudara dan kawan-kawan lelaki akan menculik gadis tersebut untuk dibawa bertemu dengan wanita tertua dalam keluarga pihak lelaki. Gadis tersebut akan dipujuk supaya bersetuju untuk dikahwinkan. Sekiranya gadis terbabit menolak, dia akan didera sehingga dia menyatakan persetujuannya. Di negara Etiopia dan Rwanda pula, kes ini lebih teruk di mana bakal pengantin lelaki sanggup memperkosa gadis yang diculik sehingga hamil yang akhirnya memaksa keluarga wanita bersetuju mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang bertanggungjawab menculik dan merogol anak mereka.
Labels:
Cerita Dunia
5 Benda Asing Yang Pernah Ditemui Dalam Tubuh Manusia
Pernahkah anda membayangkan bagaimana benda-benda asing seperti rambut, magnet, sudu plastik dan sebagainya boleh berada dalam tubuh seorang manusia..? Susah untuk diterima akal namun kes ini pernah terjadi kepada beberapa individu. Kebanyakannya mengadu sakit dan setelah melakukan pemeriksaan dan pembedahan, alangkah terperanjatnya para doktor apabila benda-benda pelik ditemui dalam tubuh pesakit.
1. Bola rambut raksasa
Pada tahun 2007, seorang gadis berusia 18 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit perut, muntah dan tidak selesa di bahagian perut. Keputusan x-ray menunjukkan terdapat gumpalan gelap dan tebal yang mirip sarang labah-labah di dalam perutnya. Selepas pembedahan dijalankan, doktor menemui gumpalan rambut yang besar. Ternyata sebenarnya selama ini gadis itu menghidap trichophagia, iaitu kelainan mental yang cenderung membuatnya memakan rambut sendiri.
Labels:
Cerita Dunia
04 June 2012
Foto-foto Palsu yang Menggemparkan Dunia
Seperti yang kita tahu, photoshop memainkan peranan besar dalam masyarakat global. Sesetengah pihak terutama media mengambil kesempatan dengan menghasilkan artikel dan disokong dengan gambar palsu bagi melariskan jualan akhbar mereka. Ada juga individu yang menghasil dan menyebarkan gambar palsu hanya kerana ingin meraih populariti semata-mata. Namun apa yang menariknya, ramai yang tertipu dan menyangka bahawa foto-foto tersebut adalah nyata dan benar. Berikut merupakan beberapa foto-foto palsu yang pernah menggemparkan dunia.
Labels:
Cerita Dunia
Tradisi Menyumbat Hidung Suku Apatani
Apatani merupakan salah satu kelompok kaum Indian yang terdiri daripada 60 ribu anggota. Mereka dikagumi kerana mengamalkan pertanian yang tidak menggunakan bantuan mesin dan binatang. Suku ini mengamalkan satu tradisi turun-temurun yang agak pelik di mana golongan wanita mengamalkan tradisi menyumbat lubang hidung.
Labels:
Dunia Aneh
Koleksi Busana Terpelik di Dunia
Koleksi baru daripada pereka fesyen pastinya menjadi perhatian para penggemar dan pengkritik fesyen. Segelintir pereka fesyen seperti Iris van Herpen tampil dengan koleksi yang aneh dan pelik untuk mendapat perhatian. Walaupun nama pereka fesyen kelahiran Belanda ini tidak sebesar nama Alexander McQueen, namun karya haute couture pertamanya menjadi bualan media dan dikaitkan dengan koleksi McQueen di atas keunikan dan keberanian mereka dalam menampilkan koleksi seperti ini. Jom ini saksikan koleksi pakaian pelik Iris van Herpen.
Labels:
Dunia Yang Terlebih Kreatif
5 Filem Horror Daripada Kisah Sebenar
Filem merupakan salah satu medium hiburan yang menjadi kesukaan orang ramai. Salah satu genre filem yang paling digemari adalah horror. Jadi tidak hairanlah David Teo banyak mengeluarka filem-filem berunsur horror kerana mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Fenomena ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja, malah juga berlaku di seluruh dunia termasuk juga di Hollywood. Untuk menghasilkan sebuah filem yang akan mencapai target box-office, sesetengah penerbit dan penulis skrip akan menghasilkan cerita yang diambil dari kisah yang benar-benar berlaku dan popular dalam kalangan masyarakat. Berikut merupakan 5 filem horror yang berkisarkan kisah sebenar.
1. The Amityville Horror
Setakat ini, filem ini merupakan filem terseram daripada kisah nyata yang pernah dihasilkan. Kisah ini bermula dari Ronald deFeo yang menghadapi masalah penyalahgunaan dadah telah membunuh semua ahli keluarganya pada 14 November 1974. Dia telah menembak ibu, bapa dan adik beradiknya dalam satu malam sahaja. Menurut laporan, semua mangsa sedang tidur di bilik masing-masing ketika deFeo melepaskan tembakan. Motif pembunuhan keluarga deFeo adalah berpunca dari wang. Namun ada juga yang mendakwa deFeo melakukan pembunuhan itu setelah mendengar bisikan roh yang ada di rumah itu. Beberapa tahun selepas tragedi tersebut, rumah keluarga deFeo telah dibeli oleh keluarga Lutz. Walaubagaimanapun, keluarga Lutz tidak tinggal lama di rumah itu. Mereka mendakwa menemui sebuah ruang rahsia yang kononnya ada kaitan dengan pembunuhan yang pernah berlaku sebelum ini. Keluarga Lutz kemudiannya meninggalkan rumah itu tanpa alasan yang tidak jelas dan rumah tersebut masih tidak berpenghuni sehingga kini.

Pantai Paling Bahaya di Dunia
Pantai menjadi tempat riadah pilihan semua orang baik bagi yang sudah berkeluarga mahupun yang sedang bercinta. Kalau disebut pantai, pastinya pasir-pasir putih dan air laut yang biru terbayang di benak fikiran. Tapi tahukah anda bahawa terdapat pantai yang sangat berbahaya dan takut untuk dikunjungi oleh manusia. Berikut merupakan 5 pantai yang paling tidak selamat untuk dilawati.
1. Pantai Gulf, California
Pantai ini nampak cantik dengan pasir yang putih kan? Tapi jangan terpedaya dengan kecantikan pulau ini. Ini kerana pulau ini sebenarnya adalah habitat ular yang paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari 2 jam.

5 Tempat Paling Misteri Di Dunia
Dunia kita penuh dengan tempat-tempat misteri yang menyembunyikan berbagai rahsia tersendiri. Walaupun tamadun peradaban manusia semakin tinggi namun misteri-misteri hasil penemuan tamadun kuno masih belum terungkai. Tempat-tempat misteri ini menjadi perhatian golongan pengkaji dan juga individu yang gemar mengembara. Mari kita lihat tempat-tempat yang masih kekal misteri sehingga ke hari ini.
1. Easter Island
Terletak di Chile, Easter Island diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai 'moai'. Patung-patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini telah dicadangkan termasuklah teori fantasi UFO.Walaubagaimanapun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini..

Cerita Dunia,
Dunia Aneh,
Dunia Yang Unik
Perhubungan Manusia Yang Luarbiasa dan Pelik
Adat resam, kepercayaan agama dan konflik dalam diri individu menyebabkan ada segelintir manusia yang menjalinkan hubungan objek-objek tertentu mahupun binatang. Agak sukar diterima dek akal waras manusia, namun cerita-cerita terpencil golongan ini harus kita ambil perhatian dan dijadikan iktibar.
1. Mundha Dhanda Villager
Hubungan: Manusia & anjing
India merupakan sebuah negara yang masih berpegang teguh kepada kepercayaan turun-temurun. Namun ada sesetengah ritual di negara itu yang kedengaran pelik dan sukar diterima akal. Di Munda Dhanda, kawasan pedalaman India, seorang gadis cilik telah 'dikahwinkan' dengan seekor anjing jalanan. Perkhawinan itu dilansungkan kerana ibubapanya mahu menghalau roh jahat yang membahayakan keluarganya. Walaubagaimanapun, gadis itu tetap boleh berkahwin dengan manusia biasa kelak tanpa adanya 'perceraian' dengan anjing tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)