Di Malaysia, kita hanya nampak dan biasa dengan peti surat
yang berwarna merah sahaja. Tapi di negara lain, peti surat mempunyai pelbagai
bentuk dan warna yang jarang dapat dilihat terutama peti surat berbentuk tulang
kerangka manusia sedang menaiki motosikal. Mesti takut nak letak surat di situ
pada waktu malam.
30 May 2012
Sama Tapi Tak Serupa..
Terdapat beberapa buah negara yang memang terkeal dengan barang-barang tiruan. Ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan di atas jenama antarabangsa yang terkenal dengan kualiti bermutu tinggi, lantas meniru bulat-bulat logo dan mengubah sedikit nama barang yang dijual dengan harga dan kualiti yang jauh lebih murah. Hasilnya, keluarlah jenama tiruan yang agak aneh dan lucu namanya.
Lipatan Pakaian Yang Unik
Melipat pakaian merupakan suatu perkara rutin dan hanya memerlukan teknik yang simple dan mudah. Semua orang pun tahu melipat pakaian. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu melipat pakaian sehingga pakaian menjadi seakan-akan wajah. Jom kita layan foto-foto pakaian yang dilipat dengan kreatif; yang menyerupai bentuk wajah.
Labels:
Dunia Yang Unik
Kek Unik Watak Animasi
Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil yang akan menyambut hari lahir tidak lama lagi, foto-foto kek di bawah mungkin boleh membantu anda sekiranya anda mahukan kek istimewa yang unik. Kek-kek ini direka mengikut watak-watak animasi dari permainan komputer seperti Angry Bird dan Plants vs Zombies. Pun begitu, ada juga kek yang mendapat ilham dari watak kartun seperti Ninja Turtle dan Harry Potter. Semuanya terpulang pada minat si empunya majlis. Sungguh unik dan comel ..
![]() |
| Kek Angry Birds |
Labels:
Dunia Yang Unik
Awan Yang Unik
Bayangkan, apabila kita mendongak ke langit yang cerah di siang hari, kita perasan yang bentuk awan menyerupai sesuatu. Fenomena awan yang menyerupai sesuatu bentuk ini agak jarang berlaku. Namun, dengan adanya teknologi canggih zaman sekarang, individu yang dapat menyaksikan fenomena itu dengan mata sendiri telah merakam detik-detik itu dan sudi berkongsi dengan orang lain di seluruh dunia. Mari kita layan beberapa keping gambar awan yang menakjubkan ini.
![]() |
| Lampu Ajaib Aladin |
Labels:
Dunia Yang Unik
Ibu Bapa Yang Fail
Anak adalah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Menjadi tanggungjawab ibubapa dalam mendidik dan mencorak masa depan anak-anak. Namun bagaimana nasib anak-anak yang mempunyai ibubapa yang gagal menjadi contoh yang baik buat anak. Jom kita lihat foto-foto ibubapa yang fail dalam menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak dari mereka kecil lagi. Kasihan melihat anak-anak kecil diperlakukan seperti itu.
Labels:
Cerita Dunia
Seandainya Filem Box-Office Dibintangi Haiwan..
Kalaulah filem-filem box office mengambil haiwan-haiwan sebagai hero an heroin, maka poster filem akan bertukar menjadi seperti gambar-gambar di bawah..
Labels:
Dunia Yang Lucu
Stail Rambut Yang Terlebih Kreatif
Kalau terlampau kreatif, memang akan nampak pelik dan lucu. Berikut merupukan stail rambut yang pelik akibat idea pendandan rambut yang terlebih kreatif.
Labels:
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Bus Stop Yang Kreatif dan Unik
Semoga suatu hari nanti akan ada bus stop yang unik seperti gambar-gambar di bawah dibina di Malaysia. Sungguh unik dan cantik. Mesti pelancong lebih ramai yang akan berkunjung ke Malaysia. Jumlah orang awam yang akan menaiki public transport seperti bas dan teksi pun akan semakin bertambah sekaligus boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Labels:
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Tandas Lelaki Yang Unik
Mungkin pereka hiasan dalaman tandas-tandas di bawah berpendapat yang tandas-tandas lelaki yang biasa agak membosankan. Jadi mereka tampil dengan rekaan yang unik dan lain daripada tandas yang sedia ada. Mungkinkah idea terlebih kreatif pereka-pereka tandas ini mampu menggalakkan lelaki lebih kerap ke tandas?Tepuk dada tanya selera.
Labels:
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Subscribe to:
Posts (Atom)










